OFFICIAL PKP Fasa 4 Benarkan Keluar Berdua
PKP Fasa 4 : Hari ini Perintah Kawalan Pergerakan sudah masuk Fasa 4. Seperti yang telah kerajaan putuskan, ialah memberi kelonggaran keluar berdua bagi membeli makanan atau barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4.
Maksudnya, kalau sebelum ni ramai yang ingkar kerana keluar lebih dari seorang dengan alasan si isteri tidak tahu memandu, si suami tak tahu beli barang itu dan ini. Kali ini, bolehlah suami jadi pemandu dan si isteri ikut keluar untuk membeli keperluan.
Isi Kandungan
PKP Fasa 4
Cukup berdua, jangan pula memandai tambah seorang lagi anak kecil. barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 bermula hari ini, boleh membawa seorang lagi ahli bersamanya.
Seksyen 4(1)(a)(ii) memperuntukkan seseorang individu:
- BOLEH disertai seorang anggota keluara yang tinggal serumah – Untuk keluar beli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain.
Seksyen 4(1)(b)(ii) memperuntukkan seseorang individu:
- BOLEH disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah – Untuk keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan
Bagaimanapun, pada masa sama, peraturan terdahulu dikekalkan, iaitu:
- Pergerakan tidak lebih 10km dari kediaman – Jika keluar membeli makanan, barangan keperluan harian, perubatan, rawatan dan lain-lain
- Boleh bergerak lebih 10km – Jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak berkenaan dari rumah.
Seksyen 5 memperuntukkan:
- Perlu dapat KEBENARAN BERTULIS dari balai polis berhampiran jika mahu melakukan pergerakan jarak jauh atau sebab selain keperluan harian dan perubatan.
- Mana-mana pihak yang melanggar peraturan boleh DIDENDA maksimum RM1,000 atau DIPENJARA hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.
Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.
Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.
Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah, selaras Seksyen 4(1)(b)(ii) peraturan sama.
Masa sama, warta kerajaan itu mengekalkan peraturan sebelum ini, iaitu mereka yang mahu keluar membeli makanan, barangan keperluan harian, perubatan, rawatan dan lain-lain, hanya dibenarkan bergerak tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing.
Namun, orang ramai diberi kelonggaran bergerak melebihi 10km jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak berkenaan dari rumah masing-masing.
Seksyen 5 pula memperuntukkan orang ramai perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari balai polis berhampiran kediaman masing-masing, jika mahu melakukan pergerakan jarak jauh atau bagi sebab selain keperluan harian dan perubatan.
Mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu boleh didenda maksimum RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
Pada 21 Mac lalu, Menteri Kanan yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, memaklumkan hanya seorang wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar dari rumah sekiranya ada keperluan, untuk membeli barangan keperluan atau mendapatkan ubat-ubatan.
Khamis lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP Fasa 3 yang berakhir semalam, dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula hari ini hingga 12 Mei depan.
Kredit : BH