PKP Lanjut Atau Tamat – Hari ke-22 kita akan tahu?
PKP Lanjut Atau Tamat ? tiada siapa pon akan tahu. Seperti yang kita sudah maklum, hari ini sudah masuk hari ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Samada PKP Lanjut Atau Tamat semuanya akan diketahui 72 jam lagi seperti info dari Hmetro.
Walaupun PKP sudah masuk fasa 2 dan hampir berakhir fasa 2 ini, namun penulis masih ada rasa kerisauan juga sekiranya PKP ditamatkan. Bukan juga penulis bermaksud suka dengan situasi PKP ini. Namun jika kita fikir tentang wabak Covid-19 ini, dan dengan keadaan kita tidak tahu siapa pembawa, siapa yang dijangkiti(yang tiada tanda-tanda) atau mungkin yang pernah ada kontak dengan pembawa virus, tidakkah kamu ada rasa risau pasal PKP Lanjut Atau Tamat ?
PKP Lanjut atau Tamat Akan Kita Ketahui Tidak Sampai 72 Jam Saja Lagi
PKP suda masuk fasa 2, namun masih juga ada sesetengah manusia yang ingkar arahan. Bagaimana hendak ditamatkan PKP jika masih ada yang keras kepala dan mementingkan kehendak diri?
Apapun, kita sama-sama meunggu keputusannya samada dilanjutkan atau sebaliknya. Semoga negara kita bebas dari wabak pandemik ini.
STATUS arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui dalam tempoh kira-kira 72 jam ini selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu mengekang penularan pandemik Covid-19. Anda juga boleh rujuk PKP Penuh Sambung Sehingga 28 Jun 2021 juga untuk update semasa.
PKP sepatutnya berakhir pada 14 April ini dan kerajaan dijangka membuat pengumuman Jumaat ini yang pastinya dinantikan rakyat di seluruh pelusuk tanah air.
Jika diteliti, rakyat mengharapkan ia tidak dilanjutkan selepas memasuki hari ke-22 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes Covid-19 di negara ini berkenaan dengan PKP Lanjut Atau Tamat.
Untuk rekod, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik Covid-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Sementara, sebanyak 170 kes baharu Covid-19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes positif 3,963 kes membabitkan keseluruhan 63 kematian.
Kita juga mungkin boleh berbangga apabila indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70 peratus sepanjang tempoh PKP namun tangkapan individu yang ingkar PKP di seluruh negara sehingga semalam sudah mencecah 6,451 orang.
Menyentuh mengenai operasi sanitasi awam Covid-19, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah melakukan 666 operasi sanitasi di 79 zon termasuk kesemua 18 Zon Merah.
Dalam tempoh itu, bangunan kerajaan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut dinyah cemar termasuk 24,077 unit rumah PPR.
Pastinya operasi itu penting kerana kini terdapat satu lagi lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), yang terbaru bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPD di tiga kawasan iaitu Simpang Renggam, Kluang, Johor; Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, dan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Di sebalik segala usaha itu, rakyat dan syarikat korporat turut bersama-sama kerajaan membantu membendung wabak Covid-19 termasuk melalui sumbangan kepada Tabung Covid-19 yang kini mencecah RM22.6 juta untuk disalurkan kepada pihak yang berkenaan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui hantaran di laman Facebooknya, berkata sehingga Isnin lalu, sejumlah RM5.68 juta dana daripada tabung itu disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak itu.
Muhyiddin berkata, sebanyak RM195,000 juga disalurkan atas nama Bayaran Ihsan Kematian kepada 39 waris mangsa jangkitan Covid-19.
Tabung Covid-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.
Justeru, Malaysia memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat secara keseluruhannya dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya.
Tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan mematuhi peraturan, tidak menyebarkan berita palsu termasuk di media sosial dan hargailah peranan petugas barisan hadapan yang sedang berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.
Akhir sekali, kita semua masing-masing mahukan PKP sama ada PKP Lanjut Atau Tamat, ini akan segera berakhir dan menjalani kehidupan seperti biasa seperti sebelum ini.Namun, keputusan kerajaan kita harus sokong dan patuhi. Demi untuk kebaikan semua. #StayAtHome #KitaJagaKita