Popia Coklat Roll 3 Bahan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan ke-10 hari ini. Nampaknya kita ada 20 hari saja lagi untuk menjalani ibadah puasa. Eh, terasa cepat masa berlalu. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, penulis jadi lupa hari, lupa tarikh. Ini pun tengok kalendar baru dapat kira berapa hari kita Umat Islam berada di dalam bulan Ramadhan.
Walaupun Hari Raya tahun ini mungkin tidak semeriah tahun-tahun yang sudah, namun yang pastinya ramai ibu-ibu yang akan membuat biskut raya kan. Kalau tidak ada kunjung-mengunjung pun, biskut-biskut tu boleh buat makan anak-anak sendiri. Alahh, tak mengapalah kita-kita jer beraya di rumah sambil layan movie ker rancangan raya nanti.
Amboi… awal benar penulis membayangkan suasana hari raya kan.
Di sini, penulis bukan nak kongsikan resepi biskut tapi sejenis makanan yang boleh dibuat hidangan semasa hari raya juga. Bukan masa hari raya pun boleh makan juga kecuali di siang hari bulan Ramadhan ni, tak boleh. Hehehe.
Popia Coklat Roll. Pernah dengar tak? Selalu kita dengar dan makan, popia yang kena gulung-gulung, kemudian digunting, campur sira lada,nestum, milo, horlicks, susu, kacang hijau dan serbuk cheese. Kali ini popia roll ni dimandikan coklat.
Haaa, Coklat Roll ni guna 3 Bahan aje. Resepi ini adalah hasil perkongsian Nurhazlinda Hamisan di facebooknya.
Isi Kandungan
Resepi Popia Coklat Roll 3 Bahan
Bahan-bahan:
- Kulit popia
- Coklat masakan
- Badam hancur
Cara-cara:
- Gulungkan kulit popia sekeping-sekeping.
- Bila dah gulung, guntingkan secara serong.
- Kemudian goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
- Taburkan coklat masakan yang telah dipotong kecil-kecil, kemudian tabur pada popia yang siap digoreng panas-panas tadi. Coklat tersebut akan cair. Korang perlu tampi agar popia dan coklat tergaul sebati. (Korang boleh tengok videonya di SINI)
- Letakkan ke dalam bekas, taburkan badam hancur. Sejukkan dulu, baru tutup bekas. Lagi rangup kalau badam hancur dibakar dahulu. Tapi tak letak badam pun, kelihatannya nampak lebih sedap dan crispy.
Apalagi? Cuba..jangan tak cuba ya. Selamat mencuba Popia Coklat Roll 3 Bahan ni. Penulis pun teruja nak mencuba ni.
Resepi dan Gambar : memang dari Facebook Nurhazlinda Hamisan