Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Portal Ihsan MADANI: Semakan Kelayakan Bantuan Hanya 1 Minit

Berikut dikongsikan mengenai satu platform baharu berkaitan dengan kemudahan semakan bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan, iaitu Portal Ihsan MADANI.

Isi Kandungan

Apa Itu Portal Ihsan MADANI?

Portal Ihsan MADANI dibangunkan atas usaha Kerajaan untuk menghebahkan inisiatif dan bantuan yang disediakan di bawah satu platform agar rakyat dapat mengakses inisiatif khusus sara sidup di hujung jari.

Melalui portal ini, pengguna boleh mengakses info terkini mengenai bantuan sara hidup yang disediakan oleh Kerajaan dengan mudah dan hanya dalam masa 1 minit dengan hujung jari sahaja.

Pengguna dapat menelusuri maklumat tersebut dengan mudah, cepat dan terperinci. Pengguna juga boleh membuat semakan untuk mengenal pasti bantuan khusus mengikut kelayakan mereka.

Pengisian maklumat yang telah lengkap akan disepadankan dengan senarai inisiatif dan bantuan yang tersedia di dalam portal ini.

Inisiatif sara hidup yang disediakan pada Portal Ihsan MADANI ini adalah mengikut kluster seperti berikut:

  • Umum
  • Kluster Kesihatan
  • Kluster Makanan
  • Kluster Pendapatan
  • Kluster Pendidikan
  • Kluster Pengangkutan
  • Kluster Perumahan
  • Kluster Utiliti
Portal Ihsan MADANI: Semakan Kelayakan Bantuan Hanya 1 Minit 1

Features / Ciri Menarik Portal Ihsan MADANI

Berikut adalah ciri-ciri menarik yang terdapat pada portal ini, iaitu:

Info TerkiniMaklumat tentang bantuan khusus yang sedang atau bakal dilaksanakan akan dipaparkan di halaman utama bagi memudahkan pengguna portal.
Semakan BantuanPengisian maklumat yang telah lengkap akan disepadankan dengan senarai inisiatif dan bantuan yang tersedia di dalam portal dan aplikasi ini.
Cepat Dan Tepat Semak dengan mudah dan terperinci setiap inisiatif dan bantuan yang telah dikategorikan kepada 7 kluster utama NACCOL.
Platform PromosiSebagai satu platform promosi kepada NACCOL dan inisiatif Kerajaan berkaitan kos sara hidup.
Semak Kelayakan & Mohon BantuanRakyat boleh mengakses inisiatif dan bantuan yang bersesuaian mengikut keperluan dan kelayakan mereka.
Cepat & PantasRakyat berpeluang untuk mengakses maklumat dengan lebih pantas dan membuat permohonan secara terus kepada Kementerian pemberi bantuan.
Pusat Informasi TerkiniSebagai medium integrasi maklumat berkaitan program, inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.
Portal Ihsan MADANI: Semakan Kelayakan Bantuan Hanya 1 Minit 2
Portal Ihsan MADANI: Semakan Kelayakan Bantuan Hanya 1 Minit 3

Hanya 1 Minit, Semak Kelayakan Bantuan Anda Di Sini!

Hanya dalam masa 1 minit, anda boleh mengisi maklumat asas dan membuat semakan bantuan atau inisiatif kos sara hidup mengikut kelayakan anda.

Pengisian maklumat yang telah lengkap akan disepadankan dengan senarai inisiatif dan bantuan yang tersedia di dalam Portal Ihsan MADANI.

Muat turun aplikasi sekarang secara percuma di aplikasi Google PlayStore, Apple AppStore dan Huawei AppGallery.

Portal ini mesra mudah alih dan boleh diakses melalui komputer, komputer riba, telefon pintar, tablet dan semua peranti mudah alih yang menyokong penggunaan pelayar web.

Pengguna hanya perlu melengkapkan maklumat-maklumat asas seperti berikut:

  1. Jantina
  2. Negeri tempat tinggal
  3. Kumpulan etnik
  4. Status pekerjaan
  5. Taraf pendidikan
  6. Taraf perkahwinan
  7. Jumlah pendapatan bulanan individu dan isi rumah
  8. Status OKU
  9. Tanggungan kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah)
  10. Tanggungan warga emas (60 tahun dan ke atas)
  11. Tanggungan OKU
  12. Tanggungan pesakit terlantar atau pesakit kronik
  13. Pemilikan kediaman semasa

Selepas selesai mengisi semua maklumat diatas, anda akan disepadankan dengan senarai inisiatif dan bantuan layak yang tersedia di dalam Portal Ihsan MADANI.

Pengguna perlu memastikan semua maklumat asas yang diperlukan telah diisi. Terdapat indikator peratusan selesai di sebelah atas skrin sebagai rujukan pengguna.

Pengguna juga boleh menekan butang ‘Isi Semula’ jika ingin memulakan pengisian borang yang baharu.

Portal Ihsan MADANI tidak menyimpan sebarang maklumat yang dikongsikan oleh pengguna sama ada di dalam pangkalan data portal mahupun pangkalan data Kerajaan.

Maklumat yang diisi pada Portal Ihsan MADANI adalah bersifat umum sahaja dan tidak melibatkan sebarang maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat rumah, perincian pekerjaan dan sebagainya.

Maklumat yang dikongsikan oleh pengguna hanya bertujuan untuk penentuan inisiatif yang bersesuaian dengan pengguna sahaja.

Portal Ihsan MADANI: Semakan Kelayakan Bantuan Hanya 1 Minit 4

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Portal Ihsan MADANI ini, sila layari www.ihsanmadani.gov.my.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More