Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Portal MyInvois: Ciri Utama & Panduan Log Masuk Kali Pertama

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Portal MyInvois yang pasti dicari-cari oleh semua terutamanya pembayar cukai diluar sana.

Software Development Kit (SDK) e-Invois mengandungi kaedah, rujukan dan sumber yang menyediakan satu set fungsi, Application Programming Interfaces (API) dan garis panduan pembangunan untuk membantu perniagaan mengintegrasikan sistem mereka dengan Sistem MyInvois melalui API.

Isi Kandungan

Apa Itu MyInvois?

MyInvois ialah penyelesaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang digunakan oleh pembayar cukai untuk menyerahkan dokumen mereka yang dikeluarkan dengan Pihak Berkuasa Cukai dan mendapatkan pemberitahuan mengenai peristiwa yang berkaitan dengan pengeluaran dokumen.

Tapak ini mengandungi dokumentasi API yang terdedah kepada sistem ERP pembayar cukai yang boleh digunakan untuk menyepadukan dengan Sistem MyInvois untuk mengautomasikan pemprosesan dokumen.

Portal MyInvois adalah mekanisme penghantaran e-Invois LHDN yang disediakan khas oleh HASiL secara percuma.

Portal ini direka untuk memudahkan pelaksanaan e-Invois kepada semua pembayar cukai, terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai sistem perniagaan untuk mengeluarkan e-Invois.

Portal ini boleh diakses melalui komputer, komputer riba (laptop) dan telefon pintar bagi membolehkan pengguna mengendalikan e-Invois pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua.

Portal MyInvois: Ciri Utama & Panduan Log Masuk Kali Pertama 1
Portal MyInvois: Ciri Utama & Panduan Log Masuk Kali Pertama 2

Ciri Utama / Features Portal MyInvois

Portal MyInvois menyediakan 2 ciri-ciri utama yang diperlukan oleh pembayar cukai seperti berikut:

Pengurusan ProfilBagi:
– Pengguna,
– Pembayar Cukai,
– Wakil,
– Sistem ERP, dan
– Perantara.
Pengurusan DokumenMerangkumi:
– Pengemukaan,
– Semakan,
– Penolakan,
– Pembatalan, dan
– Cetakan Dokumen.

Cara Mengakses Portal MyInvois

Portal MyInvois boleh diakses oleh pembayar cukai melalui Portal MyTax yang merupakan gerbang e-Perkhidmatan HASiL atau terus menekan pautan berikut:

>>>Portal MyInvois | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia<<<

Portal MyInvois: Ciri Utama & Panduan Log Masuk Kali Pertama 3

Bagi memudahkan penggunaan Portal MyInvois, HASiL menyediakan dua (2) persekitaran yang boleh diakses oleh pembayar cukai iaitu:

Persekitaran PenggunaPeneranganPanduan Pengguna
PengujianMembolehkan pembayar cukai mencuba fungsi-fungsi yang disediakan di dalam portal berkenaan sebelum menggunakan persekitaran sebenar (produksi). Maklumat yang dihantar ke persekitaran pengujian tidak akan disimpan di dalam pangkalan data HASiL dan tidak akan dibawa ke persekitaran produksi.– Log masuk kali pertama ke Portal MyTax (Persekitaran Pengujian) bagi Pengarah Syarikat dan Wakil Syarikat.
– Wakil Syarikat perlu melengkapkan log masuk kali pertama ke Portal MyTax (Persekitaran Pengujian) terlebih dahulu sebelum boleh dilantik sebagai ‘Wakil Syarikat’ oleh Pengarah.
– Sila rujuk Garis Panduan Pengguna Log Masuk Portal MyTax (Persekitaran Pengujian) Kali Pertama bagi pengguna yang mempunyai e-mel pengaktifan pada ‘Panduan Pengguna’ DISINI.
– Sila rujuk Garis Panduan Pengguna Log Masuk Portal MyTax (Persekitaran Pengujian) Kali Pertama bagi pengguna TANPA e-mel pengaktifan atau pautan tamat tempoh pada ‘Panduan Pengguna’ DISINI.
ProduksiMembolehkan pembayar cukai mengemukakan e-Invois dengan maklumat yang sebenar dan menggunakan fungsi-fungsi lain yang berkaitan.– Klik Panduan Pengguna (Web) untuk melihat Garis Panduan Pengguna Log Masuk Kali Pertama ke Portal MyTax.
– Manual Penggunaan Permohonan Peranan ini adalah untuk permohonan peranan sebagai ‘Pengarah Syarikat’ dan penetapan peranan ‘Wakil Syarikat’ oleh Pengarah.
– Untuk makluman, bagi permohonan peranan sebagai ‘Pengarah Syarikat’ bagi perniagaan pemilikan tunggal dan Entiti Labuan masih belum tersedia buat masa ini dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pembayar cukai perlu memastikan penggunaan persekitaran yang betul bagi pengemukaan e-Invois kepada HASiL.

Portal MyInvois: Ciri Utama & Panduan Log Masuk Kali Pertama 4
Portal MyInvois: Ciri Utama & Panduan Log Masuk Kali Pertama 5

Diharapkan perkongsian info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More