Kerajaan Bagi 25% Potongan Cukai Taksiran Bagi Rumah Mampu Milik
Potongan Cukai Taksiran Bagi Rumah Mampu Milik adalah sebuah inisiatif Kerajaan bagi membantu pemilik yang mempunyai rumah mampu milik di Kuala Lumpur.
Disember tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan semua kediaman berharga di bawah RM300,000 sekitar Putrajaya diberikan Potongan Cukai Taksiran Bagi Rumah Mampu Milik 30 peratus daripada jumlah yang dikenakan bermula 1 Januari lalu.
Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan, kebanyakan pembangunan tanah baharu di Wilayah Persekutuan dibekukan kerana terlalu banyak tanah dijual secara semborono dan terlalu cepat.
Justeru, katanya, ia perlu dikawal kerana tanah adalah khazanah yang akan menjaga kepentingan generasi akan datang.
25 Peratus Potongan Cukai Taksiran Bagi Rumah Mampu Milik Di Kuala Lumpur
Kerajaan bersetuju untuk memberikan pengurangan atau Potongan Cukai Taksiran Bagi Rumah Mampu Milik sebanyak 25 peratus bermula penggal kedua tahun 2023 (Julai hingga Disember 2023) kepada pemilik rumah mampu milik di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif berkenaan adalah bagi kategori rumah kediaman mampu milik yang telah siap selepas 2014 sehingga kini dan pengurangan 25 peratus itu adalah sehingga penilaian semula dilaksanakan.
“Pengurangan cukai taksiran ini memberikan manfaat kepada 25,677 pemilik rumah mampu milik di Kuala Lumpur,” kata beliau pada Sesi Temu Mesra Perdana Menteri bersama pemilik rumah mampu milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan perasmian Taman Tasik Metropolitan Kepong di sini baru-baru ini.
Sementara itu dalam kenyataan Perdana Menteri berkata kategori pemilik rumah mampu milik yang layak bagi inisiatif itu adalah:
- Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
- Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
- Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)
- Residensi Wilayah di Kuala Lumpur
“Inisiatif pengurangan cukai ini turut melibatkan pengurangan hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebanyak RM2.067 juta. Pengurangan cukai taksiran kediaman rumah mampu milik ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup warga B40 dan M40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” kata beliau.
Dalam pada itu Anwar menzahirkan harapan untuk melihat Kuala Lumpur dikenali sebagai bandar raya contoh yang prihatin dan menjaga nasib rakyat keseluruhannya.
Beliau berkata bandar raya ini perlu peka dan adil kepada semua kategori rakyat bagi memastikan kesenjangan antara golongan paling kaya dan miskin tidak melebar.
“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu dikenali sebagai bandar raya contoh dengan kebersihannya, kepesatan pembangunan, mempercepat kelulusan, elak kerenah pentadbiran dan prihatin kepada nasib rakyat. Kita pastikan rumah mewah disediakan supaya mereka yang mampu dan kaya boleh hidup tetapi kita juga kena pastikan rumah rakyat miskin dan rumah mampu milik turut disediakan barulah ada erti dan makna pembangunan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Semoga usaha pihak kerajaan untuk memberikan 25 peratus Potongan Cukai Taksiran Bagi Rumah Mampu Milik di Kuala Lumpur ini dapat direalisasikan dan membantu ramai rakyat yang memerlukan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.