Permohonan Kemasukan Pra Diploma UiTM Bagi Sesi 1 2024/2025
Berikut adalah info terkini mengenai permohonan kemasukan ke program Pra Diploma bagi sesi 1 2024/2025 Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).
Isi Kandungan
Program Pra Diploma UiTM Bagi Sesi 1 2024/2025 (Ambilan Oktober 2024)
Program Pra Diploma merupakan inisiatif UiTM yang memberi laluan khas kepada pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di Universiti Awam (UA) iaitu pengajian di UiTM melalui program Pra Diploma.
Selain itu, program Pra Diploma ini juga adalah bertujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak Melayu, Orang Asli dan Anak Negeri Sabah / Sarawak di bandar dan luar bandar.
Selepas tamat menjalani program Pra Diploma ini, para pelajar akan diterapkan ke pengajian di peringkat Diploma di beberapa Fakulti di UiTM mengikut pilihan masing-masing.
Peluang ini juga membantu pelajar supaya dapat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.
Program Ditawarkan
Program yang ditawarkan bagi peringkat pengajian ini adalah seperti berikut:
- Pra Diploma Perdagangan (BA002 | BA003).
- Pra Diploma Sains (AS007 | AS008).
- Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 | AS003).
- Pra Diploma Agroteknolgi (AT001 | AT002).
- Pra Diploma Pengajian Islam (IC001 | IC002).
Tarikh Penting
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian untuk permohonan kemasukan ini adalah seperti berikut:
Permohonan No Pin PERCUMA | 1 Jun 2024 – 26 Julai 2024 |
Pengisian Borang & Penghantaran Dokumen | 1 Jun 2024 – 26 Julai 2024 |
Hebahan Jaya Fasa 1 | 7 Ogos 2024 |
Syarat Kemasukan
Syarat-syarat kelayakan kemasukan bagi peringkat pengajian ini adalah seperti berikut:
- Permohonan hanya terbuka kepada calon Lepasan SPM sahaja.
- Berketurunan Melayu / Anak Negeri Sabah / Anak Negeri Sawarak / Orang Asli Semananjung Sahaja dan Warganegara Malaysia.
- Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dimohon.
- Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
- Calon yang pernah belajar di UiTM dan telah diberhentikan atau gugur taraf tidak dibenarkan memohon semula ke program yang sama seperti yang pernah ditawarkan sebelum ini.
- Permohonan akan terbatal sekiranya didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan:
– Kewarganegaraan Malaysia.
– Status Melayu / Anak Negeri Sabah / Anak Negeri Sarawak / Orang Asli Semenanjung.
– Kelayakan / Keputusan Peperiksaan SPM.
Cara Memohon
Permohonan kemasukan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1 | Dapatkan nombor pin. Nombor pin kemudiannya akan dihantar ke e-mel pemohon. |
Langkah 2 | Layari Borang Permohonan Program Pra Diploma UiTM dan isi nombor kad pengenalan pemohon dan nombor pin. |
Langkah 3 | Lengkapkan permohonan dan muat naik dokumen sokongan permohonan. |
Sila tekan butang SIMPAN setelah selesai mengisi borang permohonan untuk memastikan permohonan anda adalah muktamad. Sekiranya butang SIMPAN tidak ditekan permohonan anda tidak diterima.
Tiada had untuk kemaskini permohonan.
Dokumen Sokongan
Dokumen-dokumen sokongan permohonan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Ibu / Bapa.
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon / Ibu / Bapa.
- Salinan SPM.
- Salinan SPM Ulangan (Jika Berkaitan).
- Salinan Penyata Gaji Ibu / Bapa.
- Surat atau Borang Pengesahan Status Pekerjaan / Pendapatan bagi yang tidak mempunyai Slip / Penyata Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah.
- Salinan Sijil Kematian (Jika Berkaitan).
- Salinan Surat Penceraian Ibu Bapa (Jika Berkaitan).
- Salinan Kelulusan / Slip Bantuan Kewangan Kerajaan Persekutuan / Negeri yang terkini (Jika Berkaitan).
- Salinan Sijil Anak Angkat / Cabutan maklumat dalam cip Kad Pengenalan / MyKad (Jika Berkaitan).
- Salinan Penyata Cukai Syarikat (Jika Berkaitan).
- Salinan Sijil / Pengiktirafan Sukan Tertinggi dan terkini (Laluan Atlet).
- Dokumen-Dokumen Lain (Kad OKU, Kad Pencen Ibu Bapa / Penyata Pencen Ibu Bapa).
– Penyata Pencen Perkhidmatan Awam.
– Penyata Pencen Tentera / ATM.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan kemasukan ke Pra Diploma UiTM ini, sila rujuk Panduan Pra Diploma UiTM dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!