Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor Tahun 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor bagi tahun 2025.

Isi Kandungan

Mengenai Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri Selangor telah membuka permohonan bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor Tahun 2025.

Inisiatif ini di bawah Iltizam Selangor Penyayang bagi membaikpulih infrastruktur sekolah dalam penyediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada guru dan pelajar.

Usaha ini adalah bukti Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan agenda pendidikan di Negeri Selangor.

Tujuan permohonan bantuan mestilah di atas sebab-sebab membaik pulih ataupun membina seperti berikut:

  1. Kantin
  2. Surau
  3. Kelas
  4. Tandas
  5. Bumbung Bocor
  6. Dinding
  7. Susur Gajah
  8. Pagar Sekolah
  9. Pintu Kelas / Pintu Tandas
  10. Gelanggang Bola Keranjang
  11. Bilik Guru
  12. Perpustakaan
  13. Longkang / Perparitan
  14. Makmal Sains
  15. Makmal Komputer
  16. Bangunan Sekolah
  17. Bangunan Asrama
  18. Mengecat Bangunan Sekolah
  19. Kerusi / Meja
  20. Saluran Paip Air
  21. Pendawaian Elektrik
  22. Tingkap
  23. Lain-lain
Permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor Tahun 2025 1

Syarat Kelayakan Permohonan

Permohonan mestilah memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Permohonan dibuka kepada sekolah-sekolah di Negeri Selangor dan wajib berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sahaja.
  • Permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor mestilah bertujuan untuk membaikpulih / naik taraf infrastruktur sekolah sahaja.
  • Permohonan hendaklah dibuat oleh pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).
  • Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen Bill Of Quantities (BQ) yang disediakan oleh kontraktor bertauliah sahaja.
  • Permohonan yang tidak memenuhi syarat atau TIDAK disertakan dengan dokumen yang lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dikemukan mulai 1 Februari 2025 sehingga 28 Februari 2025 pada pautan berikut:

>>>Permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor<<<

Berikut adalah manual permohonan sebagai panduan sebelum permohonan dihantar bagi memastikan setiap maklumat dan dokumen yang diperlukan dapat disediakan dengan tepat.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor ini, boleh e-mel kepada [email protected] atau terus hubungi talian 03 – 5521 2595.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More