Permohonan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023
Program Dermasiswa B40 Tahun 2023 dilaksanakan sebagai inisiatif untuk meringankan bebanan pelajar yang tergolong daripada golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) agar dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Fokus program ini tertumpu pada bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi dalam industri.
Justeru, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 untuk memohon penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023.
Isi Kandungan
Program Dermasiswa B40 Tahun 2023
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Lepasan SPM Tahun 2022 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40 Tahun 2023. Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenal pasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.
Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar Lepasan SPM 2022 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).
Bidang Pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
- Perubatan.
- Pergigian.
- Farmasi.
- Pendidikan.
- Kejururawatan.
- Sijil Profesional untuk pelesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License), lesen menyelam (Diving License) serta kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP).
- Chartered Accountancy (CA).
Penajaan bagi Program Dermasiswa B40 Tahun 2023 ini adalah berbentuk Dermasiswa, dan pelajar tidak terikat dengan sebarang ikatan kontrak berkhidmat. Walau bagaimanapun, pelajar bertanggungjawab untuk membayar balik nilai perjanjian sekiranya berlaku pelanggaran kepada perjanjian penajaan yang dimeterai.
Had Kecemerlangan Akademik (HKA) yang ditetapkan bagi pelajar yang ditaja di bawah program ini adalah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00.
Syarat Kelayakan Permohonan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023
Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum permohonan seperti berikut untuk membuat Permohonan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023 iaitu
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kesihatan yang baik.
- Ibu dan / atau bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
- Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.
- Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
- Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.
Perincian bagi syarat khusus mengikut institusi pengajian yang ditetapkan pula adalah seperti di bawah:
Institusi Pengajian |
Bidang Pengajian |
Syarat / Gred Minimum Keputusan SPM |
Institut Kemahiran Awam (IKA) termasuklah:
|
Diploma bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi subjek:
Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut. |
Universiti Awam (UA) / Politeknik
|
|
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi subjek:
Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut. |
Cara Membuat Permohonan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023
- Permohonan adalah secara dalam talian yang akan dibuka bermula 31 Julai 2023 (jam 12.00 tengah hari) sehingga 11 Ogos 2023 (jam 12.00 tengah hari).
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 Ogos 2023 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
- Sila klik pautan di bawah untuk membuat permohonan
>>>ePermohonan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023<<<
- Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
- Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi call centre di talian 03-8885 3297 mulai 31 Julai 2023 hingga 11 Ogos 2023 (hari bekerja sahaja) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.
- Keputusan permohonan penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023 ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau eSILA – Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan pada 6 Oktober 2023 (Jumaat). Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Hak Kerajaan
Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar Kerajaan dari semasa ke semasa.
Pihak Kerajaan tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
JPA boleh membuat sebarang perubahan kepada program penajaan ini pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.
JPA boleh menarik balik tawaran penajaan sekiranya didapati perlu tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau bantuan berkaitan Permohonan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023 ini, sila hantarkan e-mel anda kepada [email protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).
Semoga anda berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023 ini!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.