Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2024
Berikut adalah info mengenai Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM Bagi Latihan Pra Perkhidmatan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi Tahun 2024.
Isi Kandungan
Apa Itu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan?
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) adalah sebuah program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM.
KPM mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda tanpa pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PDPP di IPG, KPM bagi Tahun 2024.
Yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh KPM dan pelajar akan diberi elaun sara hidup pada kadar RM430 setiap bulan selama satu (1) tahun pengajian.
KPM tidak akan menanggung sebarang kos lain termasuklah kos sewaan penginapan sepanjang tempoh pengajian.
KPM tidak akan bertanggungjawab terhadap implikasi yang timbul sekiranya pemohon perlu melepaskan jawatan bagi mengikuti pengajian.
KPM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.
Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan
Berikut adalah bidang pengkhususan yang ditawarkan untuk pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi Tahun 2024, iaitu:
Jenis Sekolah | Bidang Pengkhususan |
---|---|
Sekolah Kebangsaan (SK) | 1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. 2. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL). 3. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah. 4. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah. 5. Pendidikan Pemulihan |
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) | 1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. 2. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL). 3. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah. 4. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah. 5. Pendidikan Pemulihan |
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) | 1. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL). 2. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah. 3. Pendidikan Pemulihan |
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) | 1. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah |
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi Tahun 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989.
- Memiliki sekurang-kurangnya gred Kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana Universiti Awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50; atau
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang memenuhi Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM (sila rujuk KMP dalam permohonan online).
- Calon yang memohon bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) perlu mencapai tahap penguasaan minimum C1 dalam ujian penguasaan Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European Framework for Languages (CEFR) seperti Malaysian University English Test (MUET), International English Language Testing System (IELTS), C2 Proficiency (CPE), Aptis Advanced, C1 Advanced (CAE), Aptis Remote, Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan Linguaskills.
- Calon yang memohon bidang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kecuali bidang bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan TESL perlu memiliki sekurang-kurangnya gred Kepujian dalam bahasa Cina / bahasa Tamil di peringkat SPM.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).
** Mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi Tahun 2024 kini dibuka bermula 13 Ogos 2024 sehingga 19 Ogos 2024 dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui IPGM – Modul myPDPP pada pautan berikut:
>>>Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2024<<<
Pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Sila rujuk tarikh-tarikh penting pengambilan PDPP dibawah.
Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak membuat pengesahan dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.
Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.
Calon Yang Tidak Layak Memohon
Berikut adalah senarai calon yang tidak layak untuk memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), iaitu:
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
- Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan mana-mana agensi termasuk agensi Kerajaan Negeri dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
- Calon yang diisytiharkan bankrap.
- Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
- Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah / penyalahgunaan dadah / ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Tarikh Penting Pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
Berikut adalah tarikh-tarikh penting pengambilan yang perlu diambil perhatian oleh semua calon yang berminat untuk membuat Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi Tahun 2024, iaitu:
Aktiviti | Tarikh |
---|---|
Paparan iklan di portal rasmi KPM | 13 – 19 Ogos 2024 |
Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) | 13 – 19 Ogos 2024 |
Permohonan dalam talian ditutup | 19 Ogos 2024 (Jam 11.59 Malam) |
Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian | 14 – 16 & 19 – 22 Ogos 2024 |
Semakan keputusan panggilan Temuduga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) | 3 September 2024 |
Pelaksanaan Temuduga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) | 9 – 12 September 2024 |
Semakan keputusan permohonan berjaya | 25 September 2024 |
Pendaftaran pelajar baharu ke IPG (secara dalam talian) | 9 Oktober 2024 |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi Tahun 2024 ini, sila hubungi alamat berikut:
JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA
No Telefon Pejabat: 03 – 8312 6666 / 03 – 8312 6720 / 6730 / 6768 / 6627 / 6758 / 6693 / 6733
No Fax: 03 – 8312 6655
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!