Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Graduan Cemerlang (GrEP) MARA 2024

Berikut dikongsikan mengenai permohonan Program Graduan Cemerlang (GrEP) 2024 yang kini sedang dibuka untuk mereka yang berkelayakan.

Isi Kandungan

Mengenai Program Graduan Cemerlang

Graduate Excellence Programme atau Program Graduan Cemerlang (GrEP) adalah program pinjaman pelajaran dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk graduan cemerlang lepasan Ijazah Pertama atau Sarjana bagi mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih dalam negara mengikut bidang yang telah ditentukan.

Program ini diharapkan akan memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Program Graduan Cemerlang (GrEP) MARA 2024 1

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian tertakluk kepada surat tawaran pengajian dari IPT / Universiti tetapi tidak kurang / melebihi tempoh pengajian yang telah ditetapkan seperti berikut:

Peringkat PengajianMod PengajianJenis PengajianTempoh Pengajian
Ijazah SarjanaKerja KursusSepenuh MasaMinimum: 1 Tahun
Maksimum: 3 Tahun
Ijazah SarjanaKerja KursusSeparuh MasaMinimum: 1 Tahun
Maksimum: 3 Tahun
Ijazah Kedoktoran (PhD)PenyelidikanSepenuh Masa4 Tahun
Ijazah Kedoktoran (PhD)PenyelidikanSeparuh MasaMinimum: 3 Tahun
Maksimum: 5 Tahun

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan Program Graduan Cemerlang (GrEP) MARA seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berstatus Bumiputera.
  3. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah tidak melebihi 45 tahun bagi Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD).
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan daripada mana-mana penaja / agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  5. Penjamin adalah warganegara Malaysia pemastautin yang tidak diisytihar muflis.
  6. Pemohon / Ibu / Bapa / Penjaga tidak termasuk dalam senarai hitam MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  7. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian.
  8. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana IPT atas masalah akademik / disiplin.
  9. Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) TIDAK akan dipertimbangkan.
  10. Pemohon yang telah menerima tawaran pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian yang sama / setaraf TIDAK BOLEH memohon program GrEP.
  11. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan / bekerja perlu mendapat pelepasan / kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan. Manakala pemohon yang mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada badan penaja lain di peringkat pengajian sebelum ini perlu mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman.
  12. Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan akademik yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih. Salinan sijil akademik di peringkat pengajian tertinggi perlu disertakan.
  13. Skrol dan transkrip peperiksaan bagi sijil akademik yang menggunakan bahasa selain Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Perincian syarat-syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan pula boleh rujuk DISINI (Halaman 3 – 5).

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Program Graduan Cemerlang (GrEP) bagi tahun 2024 kini dibuka secara dalam talian (online) bermula 14 Oktober 2024 sehingga 23 Oktober 2024 dan permohonan boleh dibuat pada Sistem MyEduloan atau anda boleh terus tekan pada pautan berikut:

>>>Permohonan Program Graduan Cemerlang (GrEP) 2024<<<

Program Graduan Cemerlang (GrEP) MARA 2024 2

Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga / ujian kelayakan.

Sebarang maklumat berkaitan temu duga / ujian kelayakan akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa melalui e-mel yang telah didaftarkan semasa membuat permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Program Graduan Cemerlang (GrEP) 2024 ini, sila rujuk Garis Panduan PermohonanSoalan LazimPanduan Permohonan dan Manual Sistem yang lebih terperinci.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More