Program i-Lindung KWSP 2023
Program i-Lindung KWSP telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi membenarkan pengeluaran simpanan KWSP melalui pelbagai program lain seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.
Malah masih ramai yang telepas pandang berkenaan dengan satu lagi program di bawah KWSP yang dikenali sebagai i-Lindung ini.
Isi Kandungan
Apa Itu Program i-Lindung KWSP?
Program i-Lindung KWSP pada asasnya merupakan sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang boleh digunakan bagi tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA ini, ahli dibenarkan membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.
Program ini sekaligus membantu para ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.
Syarat Kelayakan i-Lindung KWSP
Syarat-syarat kelayakan Program i-Lindung KWSP ini adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Pengguna i-Akaun (Ahli).
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.
Cara Memohon i-Lindung KWSP
Pengeluaran simpanan KWSP dari Akaun 2 melalui i-Lindung adalah terbuka bagi pembelian polisi perlindungan hayat dan penyakit kritikal.
Kaedahnya adalah seperti berikut:
- Log masuk ke i-Akaun (Ahli).
- Klik pada tab i-Lindung.
- Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT.
- Lengkapkan maklumat di portal SIT.
- Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP.
- Penerimaan penyata maklumat dari SIT.
Ciri-Ciri Utama i-Lindung
- Proses yang lancar – Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.
- Sebut harga serta merta – Dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan secara dalam talian.
- Pusat maklumat – Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan.
- Paparan keseluruhan – Memaparkan maklumat berkaitan polis / sijil yang dibeli secara keseluruhan.
- Bila-bila masa dan di mana sahaja – Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua.
Apakah Jenis Perlindungan Yang Ditawarkan?
Jenis perlindungan yang ditawarkan adalah:
- Perlindungan Hayat
- Perlindungan Penyakit Kritikal
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program i-Lindung KWSP ini, sila layari Portal Rasmi KWSP DISINI.
Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.