Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Penajaan Program Ijazah Lanjutan JPA 2025

Berikut kami kongsikan berkaitan permohonan terkini untuk tawaran penajaan Program Ijazah Lanjutan JPA 2025 yang kini sedang dibuka.

Isi Kandungan

Mengenai Program Ijazah Lanjutan JPA 2025

Permohonan penajaan Program Ijazah Lanjutan (PIL) bagi tahun 2025 ini adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di universiti luar negara yang tersenarai dalam kedudukan 100 teratas Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings Tahun 2025 dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Antara bidang pengajian yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM)
  • Ekonomi
  • Undang-Undang
  • Kewangan Islam
  • Kecerdasan Buatan
  • Peralihan Tenaga
  • Keselamatan dan Persempadanan Negara
  • Keterjaminan Makanan
  • Pengurusan Bencana
  • Keselamatan Siber
  • Transformasi Digital
Permohonan Penajaan Program Ijazah Lanjutan JPA 2025 1

Syarat Kelayakan Permohonan

Sebelum mengisi permohonan, calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan Program Ijazah Lanjutan JPA 2025 seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun permohonan.
  3. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon.
  4. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
  5. Ibu dan / atau bapa dan / atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  6. Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon.
  7. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan / tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  8. Sekiranya ditawarkan penajaan, pelajar tidak dibenarkan bekerja sehingga tamat tempoh penajaan.
  9. Penjawat awam tidak dibenarkan memohon.
  10. Bagi pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Pertama, obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan yang berkuat kuasa.
  11. Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat / tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  12. Pelajar yang telah memulakan pengajian perlu mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan.
  13. Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam.
  14. Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2025.

Selain itu, calon juga mestilah memenuhi syarat-syarat khusus permohonan Program Ijazah Lanjutan JPA 2025 seperti berikut:

  • Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara; atau
  • Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Pertama adalah seperti berikut:
United KingdomAustralia / New ZealandJepun
70% & ke atas85% & ke atas85% S/A A+B
(50% S/A+A)*
*85% S/A+/A+B – Jumlah gred S/A+/A dan B yang diperoleh adalah sekurang-kurangnya 85%
dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred S/A+/A.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Program Ijazah Lanjutan JPA 2025 kini dibuka secara dalam talian pada Sistem Permohonan Program Tajaan JPA bermula 3 Februari 2025 (10.00 Pagi) hingga 16 Mac 2025 (5.00 Petang).

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan Penajaan Program Ijazah Lanjutan JPA 2025 2

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Ijazah Lanjutan Tahun 2025 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh-Tarikh Penting

Berikut adalah tarikh-tarikh penting mengenai permohonan Program Ijazah Lanjutan JPA 2025, iaitu:

AktivitiTarikh / Hari / Masa
Permohonan Dibuka3 Februari 2025 (Isnin) | 10.00 Pagi
Permohonan Ditutup16 Mac 2025 (Ahad) | 5.00 Petang
Semakan Kelayakan ke Sesi Student Assessment Centre (SAC)11 April 2025 (Jumaat) – 14 April 2025 (Isnin)
Sesi Student Assessment Centre (SAC)16 April 2025 (Rabu) – 22 April 2025 (Selasa)
Jangkaan KeputusanMinggu Ke-4 Mei 2025*
*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Program Ijazah Lanjutan JPA 2025 ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 – 8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau e-melkan kepada [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More