Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2021
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Sepenuh Masa.
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Mac sehingga 15 April 2021.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2021
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :
Semoga memberi manfaat.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
Syarat dan kelayakan asas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Jun 2021 adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2021 ( Pemohon akan mengetahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan)
- Sihat tubuh badan
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang ( gred cemerlang merangkumi gred A+, A, A-) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran (syarat minimum)
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu : Bahasa Malayu, Sejarah, Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online )
BIDANG PENGKHUSUSAN
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di https://pismp.moe.gov.my/index.cfm.
- Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan perlu menyediakan rakaman video pangajaran (VP) dan video kecergasan fizikal (VKF).
- Pemohon dinasihatkan untuk melayari laman sesawang PISMP 2021 di https://pismp.moe.gov.my/index.cfm bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), penyediaan video pengajaran (VP), video kecergasan fizikal ( VKF), syarat bidang pengkhususan serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
- Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
PENUTUP
Akhir kata, teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2021 ini membantu anda.
Terima Kasih.
Anda juga mungkin berminat dengan :
Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Bermula 10 Mac
Pengambilan Peserta Program Bootcamp KBS 2021
Mansuh Cuti Penggal Dan Beri Pelajar Kejar Balik Pelajaran Tertinggal