Program INSAN 2023 Khas Untuk Rakyat Selangor
Program INSAN adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk rakyat Selangor yang layak.
Perlindungan takaful dengan pampasan sehingga RM20,000 ini adalah untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah, melindungi rakyat dengan semangat negeri penyayang.
Isi Kandungan
Apa Itu Program INSAN?
INSAN atau Skim Insurans Rakyat Am Selangor merupakan satu skim perlindungan insurans berkumpulan terhadap 6 juta rakyat Selangor yang berumur seawal 30 hari sehingga 80 tahun secara percuma.
Skim ini memberikan perlindungan penuh terhadap seluruh pendaftar yang ditanggung Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya. Inisiatif ini bagi meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah dan melindungi mereka.
Menerusi Program INSAN, pampasan sebanyak RM10,000 akan diberikan kepada setiap rakyat negeri itu sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan kematian disebabkan kemalangan.
Apakah Syarat Kelayakan Skim INSAN Ini?
Terdapat beberapa kriteria yang digariskan kepada individu yang layak untuk memohon Skim INSAN ini antaranya adalah:
- Pemohon mestilah berusia 30 hari sehingga 80 tahun.
- Pemohon lahir di negeri Selangor sebagai pemegang MyKAD dengan kod 10.
- Alamat terkini pemohon didaftarkan di dalam negeri Selangor.
- Pemohon merupakan pengundi di negeri Selangor.
Macam Mana Nak Daftar Skim INSAN Ini?
- Pendaftaran Skim Insurans Rakyat Am Selangor (INSAN) ini boleh dilakukan menerusi dalam talian (online) di aplikasi e-Dompet Wavypay (Wavypay e-Wallet). Langkah-langkah untuk membuat pendaftaran adalah seperti berikut.
Langkah 1: Anda perlu memuat turun dan daftar aplikasi e-Dompet Wavypay dari Google Playstore (Android) dan App Store (IOS) serta Huawei App Gallery.
Langkah 2: Klik pada banner program yang tertera Skim INSAN.
Langkah 3: Anda perlu lengkapkan maklumat diri anda pada ruangan yang diminta dan siap!
- Baca dan teliti Terma & Syarat yang termaktub dibawah SKIM INSAN sebelum semak pendaftaran.
- Untuk makluman, pendaftaran bagi skim ini telah pun bermula pada 1 Oktober 2022 hingga 30 September 2023 ini.
- Difahamkan, polisi insurans ini hanya ditawarkan selama 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan bagi proses pengaktifan.
- Sementara itu, kerajaan negeri itu baru-baru ini juga telah memperkenalkan Skim INSAN Takaful dan pendaftarannya bermula pada 4 Ogos lalu. Ia merupakan kesinambungan daripada Skim INSAN konvensional.
- Pemegang sijil INSAN sedia ada akan ditukarkan ke perlindungan takaful secara automatik setelah tamat tempoh perlindungan di bawah pelan konvensional.
Maklumat Lanjut
Sebarang info terkini dan maklumat lanjut berkaitan Program INSAN ini, atau untuk membuat semakan, anda boleh layari
Semoga perkongsian tentang Program INSAN ini bermanfaat untuk anda semua terutamanya rakyat negeri Selangor.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.