Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Jaringan Prihatin B40 dan Cara Pendaftaran

Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.

Sebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut.

Daripada jumlah keseluruhan RM3.5 bilion ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutama dalam bentuk data percuma.

Di samping itu, kemudahan data 1GB percuma yang terdahulunya akan tamat pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan sehingga bermulanya program subsidi Jaringan Prihatin.

b40

Isi Kandungan

Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40

Anda boleh mendaftar melalui syarikat telekomunikasi di bawah:

1. Celcom

Program Jaringan Prihatin B40 dan Cara Pendaftaran 1

Daftar Celcom Jaringan Prihatin

2. Digi

Program Jaringan Prihatin B40 dan Cara Pendaftaran 2

Daftar Digi Jaringan Prihatin

3. Maxis

Program Jaringan Prihatin B40 dan Cara Pendaftaran 3

Daftar Maxis Jaringan Prihatin

4. Unifi

Program Jaringan Prihatin B40 dan Cara Pendaftaran 4

Daftar Unifi Jaringan Prihatin

5. U Mobile

Program Jaringan Prihatin B40 dan Cara Pendaftaran 5

Daftar U Mobile Jaringan Prihatin

Soalan Lazim

  1. Apa itu Program Jaringan Prihatin B40?

    Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi.

  2. Apakah manfaat yang akan saya dapat dari program ini?

    Bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk pelan Internet.

  3. Siapakah yang layak memohon?

    Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat layak untuk mengikuti program ini.

  4. Bilakah saya boleh mendaftar program ini?

    Pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin adalah dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.

  5. Bolehkah saya memindahkan tawaran program ini kepada individu lain?

    Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain.

  6. Bilakah tarikh akhir penebusan subsidi RM300 pakej peranti?

    Penebusan RM300 subsidi pakej peranti akan berakhir pada 31 Julai 2021.

  7. Sekiranya saya mendaftar, apa yang akan berlaku kepada data peribadi saya?

    Semua data peribadi yang disediakan untuk program ini adalah milik Kerajaan Malaysia dan dapat digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

Artikel lain: Skim Bantuan Rumah RM45,000 LZNK,Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More