Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman (JKPJ) 2024

Berikut adalah info terkini mengenai permohonan program khas Jepun Korea Perancis Jerman (JKPJ) bagi tahun 2024 yang kini sedang dibuka untuk lepasan SPM 2023.

Isi Kandungan

Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman

Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman (JKPJ) merupakan program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada 200 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi, dan Sains Sosial ke negara

  • Jepun.
  • Korea.
  • Perancis.
  • Jerman.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Permohonan Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman (JKPJ) 2024 1

Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting untuk permohonan Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman (JKPJ) ini adalah seperti ketetapan berikut:

AktivitiTarikh / Hari / Masa
Permohonan Dibuka27 Mei 2024 (Isnin) | 2.00 Petang
Permohonan Ditutup9 Jun 2024 (Ahad) | 5.00 Petang
Pengisian UKPP & IBK27 Mei 2024 (Isnin) | 2.00 Petang

9 Jun 2024 (Ahad) | 5.00 Petang
Semakan Panggilan SAC19 Jun 2024 (Rabu) | 9.00 Pagi

21 Jun 2024 (Jumaat) | 4.00 Petang
Tempoh SAC24 Jun 2024 (Isnin) – 28 Jun 2024 (Jumaat)
Jangkaan Keputusan25 Julai 2024 (Khamis) | 12.00 Tengahari
Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman (JKPJ) 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon-calon yang ingin membuat permohonan Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman (JKPJ) ini perlulah memenuhi syarat-syarat umum seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian.
  5. Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  6. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

Syarat-syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Bidang PengajianNegara PengajianKolej PersediaanKod ProgramSyarat / Gred Minimum
KejuruteraanJepunINTEC Education CollegeJKPJ 001Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
Dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
Bahasa Inggeris dan Sejarah.
KejuruteraanKoreaINTEC Education CollegeJKPJ 002Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
Dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Sains dan TeknologiKoreaINTEC Education CollegeJKPJ 003Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
Dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
Bahasa Inggeris dan Sejarah.
KejuruteraanPerancisINTEC Education CollegeJKPJ 004Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
Dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Sains SosialPerancisUniKL-MFIJKPJ 005Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu, Matematik dan tiga (3) mata pelajaran lain.
Dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
Bahasa Inggeris dan Sejarah.
KejuruteraanJermanINTEC Education College / Sunway CollegeJKPJ 006Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
Dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Sains dan TeknologiJermanINTEC Education CollegeJKPJ 007Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
Dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman (JKPJ) 2024

Cara Permohonan

Permohonan Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman (JKPJ) ini kini dibuka bermula 27 Mei 2024, jam 2.00 petang sehingga 9 Jun 2024, jam 5.00 petang dan permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) pada pautan berikut:

>>>Permohonan Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman (JKPJ) 2024<<<

Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) dan Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK) yang akan dibuka mulai 27 Mei 2024 (Isnin), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak

  • Slip Pengesahan UKPP,
  • Slip Pengesahan IBK, dan
  • Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2024

sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC.

Tujuan SAC adalah untuk

  • menyediakan profil interpersonal pelajar, dan
  • menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

Program SAC dijadualkan berlangsung mulai 24 hingga 28 Jun 2024 mengikut zon pusat temu duga.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman (JKPJ) ini, sila rujuk Portal Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau hubungi talian 03 – 8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-mel kepada [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Permohonan Program Khas Jepun Korea Perancis Jerman (JKPJ) 2024 2

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More