Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Khas JPA MARA 2024 (Lepasan SPM 2023)

Berikut dikongsikan mengenai permohonan Program Khas JPA MARA 2024 yang kini sedang dibuka untuk Lepasan SPM 2023 yang baru sahaja menerima keputusan SPM pada 27 Mei.

Isi Kandungan

Program Khas JPA MARA 2024

Program Khas JPA MARA (PKJM) Tahun 2024 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pelajar Bumiputera cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama di dalam negara dan luar negara iaitu di negara Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat, India dan New Zealand dalam bidang-bidang berkaitan.

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Permohonan Program Khas JPA MARA 2024 (Lepasan SPM 2023) 1

Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting untuk permohonan Program Khas JPA MARA 2024 ini adalah seperti ketetapan berikut:

AktivitiTarikh / Hari / Masa
Permohonan Dibuka27 Mei 2024 (Isnin) | 2.00 Petang
Permohonan Ditutup9 Jun 2024 (Ahad) | 5.00 Petang
Pengisian UKPP Dan IBK27 Mei 2024 (Isnin) | 2.00 Petang

9 Jun 2024 (Ahad) | 5.00 Petang
Semakan Panggilan SAC19 Jun 2024 (Rabu) | 9.00 Pagi

21 Jun 2024 (Jumaat) | 4.00 Petang
Tempoh SAC24 Jun 2024 (Isnin) – 28 Jun 2024 (Jumaat)
Jangkaan Keputusan25 Julai 2024 (Khamis) | 12.00 Tengah Hari

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan seperti berikut:

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  5. Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon calon persendirian.
  6. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Perincian syarat-syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan pula boleh rujuk DISINI (Halaman 9 – 15).

Cara Membuat Permohonan

Permohonan kini dibuka secara dalam talian (online) bermula 27 Mei 2024, bermula jam 2.00 petang sehingga 9 Jun 2024, jam 5.00 petang dan permohonan boleh dibuat pada pautan berikut:

>>>Permohonan Program Khas JPA MARA 2024<<<

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) dan Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK) yang akan dibuka mulai 27 Mei 2024 (Isnin), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP & IBK dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA MARA 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Permohonan bagi calon yang ingin menggunakan hasil keputusan semakan semula SPM tidak akan dipertimbangkan sekiranya diterima selepas tarikh tutup permohonan iaitu pada 9 Jun 2024, 5.00 petang.

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC.

SAC diadakan bertujuan bagi

  • menyediakan profil interpersonal pelajar, dan
  • menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

Program SAC dijadualkan berlangsung mulai 24 hingga 28 Jun 2024 mengikut zon pusat temu duga.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Program Khas JPA MARA 2024 ini, sila rujuk Panduan Memohon.

Permohonan Program Khas JPA MARA 2024 (Lepasan SPM 2023) 2

Selain Program Khas JPA MARA 2024 ini, pelajar-pelajar Lepasan SPM 2023 juga boleh memohon Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2024.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More