Program MyLesen B2 2023
Program MyLesen B2 2023 adalah sebuah bantuan Lesen Percuma kepada rakyat negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri tersebut.
Pendaftaran Program MyLesen bagi tahun 2023 kini telah dibuka dan tuan / puan yang memerlukan boleh hadir ke JPJ Negeri Melaka bersama dokumen untuk pendafataran jika memenuhi syarat – syarat asas yang telah ditetapkan dibawah.
Isi Kandungan
Program MyLesen B2 2023 Peringkat JPJ Negeri Melaka
Terdahulu, Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023.
Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh Negara akan dapat menyertai program MyLesen B2, manfaat daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.
Syarat Kelayakan Permohonan Program MyLesen B2 2023
Syarat-syarat permohonan Program MyLesen B2 2023 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Umur 16 tahun ke atas.
- Sihat tubuh badan dan mental.
- Belum memiliki sebarang lesen memandu.
- Penerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40).
- Tanggungan kepada penerima layak memohon.
Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.
Cara Membuat Permohonan Program MyLesen B2 2023
- Permohonan kini dibuka dan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan seperti di bawah
- Bilangan peserta adalah terhad dan tertakluk kepada PERMOHONAN AWAL dan memenuhi syarat kelayakan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau aduan berkaitan Program MyLesen B2 2023 ini, anda boleh salurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj beserta butiran pengadu dan butiran aduan atau terus hubungi Urus Setia MyLesen di talian 06 – 251 4049 / 06 – 251 4050 bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang atau terus ke Bahagian Pelesenan, JPJ Melaka.
Diharapkan info tentang Program MyLesen B2 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia terutamanya rakyat daripada negeri Melaka.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.