Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Pembangunan Profesional (Pro-P) MARA 2024

Berikut dikongsikan mengenai permohonan Program Pembangunan Profesional (Pro-P) 2024 yang kini sedang dibuka untuk mereka yang berkelayakan.

Isi Kandungan

Mengenai Program Pembangunan Profesional

Professional Development Programme atau Program Pembangunan Profesional (Pro-P) adalah sebuah penajaan / pinjaman pelajaran dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk graduan cemerlang bagi mengikuti pengajian ke peringkat Profesional / Kepakaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara dan Universiti Terpilih Luar Negara.

Program ini diharapkan akan memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Program Pembangunan Profesional (Pro-P) MARA 2024 1

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian tertakluk kepada surat tawaran pengajian dari IPT / Universiti tetapi tidak kurang / melebihi tempoh pengajian yang telah ditetapkan seperti berikut:

ProgramLokasi PengajianJenis PengajianTempoh Pengajian
ProfesionalDalam NegaraSeparuh Masa / Sepenuh MasaMinimum: 12 Bulan
Maksimum: 2 Tahun
ProfesionalLuar NegaraSepenuh MasaMinimum: 12 Bulan
Maksimum: 4 Tahun
KepakaranDalam NegaraSeparuh Masa / Sepenuh MasaMinimum: 3 Tahun
Maksimum: 5 Tahun
KepakaranLuar NegaraSepenuh Masa4 Tahun

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan Program Pembangunan Profesional (Pro-P) MARA seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berstatus Bumiputera.
  3. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah tidak melebihi 45 tahun (Dalam Negara) dan tidak melebihi 35 tahun (Luar Negara) bagi Peringkat Pengajian Profesional DAN tidak melebihi 45 tahun (Dalam Negara) atau tidak melebihi 40 tahun (Luar Negara) bagi Peringkat Pengajian Kepakaran.
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan daripada mana-mana penaja / agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  5. Penjamin adalah warganegara Malaysia pemastautin yang tidak diisytihar muflis.
  6. Pemohon / Ibu / Bapa / Penjaga tidak termasuk dalam senarai hitam MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  7. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian.
  8. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana IPT atas masalah akademik / disiplin.
  9. Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan program Profesional / Kepakaran TIDAK akan dipertimbangkan.
  10. Pemohon yang telah menerima tawaran pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian yang sama / setaraf TIDAK BOLEH memohon program ini.
  11. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan / bekerja perlu mendapat pelepasan / kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan. Manakala pemohon yang mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada badan penaja lain di peringkat pengajian sebelum ini perlu mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman.
  12. Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dan telah mendapat pelepasan dari pihak majikan sahaja yang akan dipertimbangkan tawaran pengajian ke luar negara. Jika pemohon tidak mendapat pelepasan dari pihak majikan, pemohon boleh memohon pengajian secara separuh masa dalam negara sahaja.
  13. Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan akademik yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih. Salinan sijil akademik di peringkat pengajian tertinggi perlu disertakan.
  14. Skrol dan transkrip peperiksaan bagi sijil akademik yang menggunakan bahasa selain Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Perincian syarat-syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan pula boleh rujuk DISINI (Halaman 13 – 20).

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Program Pembangunan Profesional (Pro-P) bagi tahun 2024 kini dibuka secara dalam talian (online) bermula 9 Oktober 2024 sehingga 18 Oktober 2024 dan permohonan boleh dibuat pada Sistem MyEduloan atau anda boleh terus tekan pada pautan berikut:

>>>Permohonan Program Pembangunan Profesional (Pro-P) 2024<<<

Program Pembangunan Profesional (Pro-P) MARA 2024 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Program Pembangunan Profesional (Pro-P) 2024 ini, sila rujuk Garis Panduan Permohonan, Soalan Lazim, Panduan Permohonan dan Manual Sistem yang lebih terperinci.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More