Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 (Pengambilan 2023/2024)

Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8

Maklumat Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

PROTEGE-RTW
  • Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2023 (Sabtu)
  • Syarikat: Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Faedah Penyertaan:
  1. Elaun Saraan Sebanyak RM2,000 Sebulan.
  2. Kelayakan Cuti  Tahunan.
  3. Potongan PERKESO & EIS.
  4. Bayaran Balik Rawatan Perubatan.
  • Tempoh Program: 8 Bulan

Apa Itu PROTEGE-RTW?

Program PROTEGE – Ready To Work (PROTEGE-RTW) yang dahulunya dikenali sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan satu program latihan bagi graduan muda menganggur, di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Antara instrumen penting di bawah program PROTEGE-RTW adalah untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

Program ini melibatkan latihan bermodul di TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS), latihan penempatan dan bimbingan bersama TNB / Anak Syarikat TNB / pemain industri bekalan elektrik yang mengambil bahagian bagi tempoh 8 bulan.

Struktur Latihan

Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTEGE-RTW adalah selama 8 bulan dan terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:

  1. Soft-skills Training.
  2. On-the-Job Training (penempatan di TNB / Anak Syarikat TNB / pemain industri bekalan elektrik yang turut serta).

TNB berhasrat untuk memberikan latihan berkualiti kepada semua peserta PROTEGE-RTW Fasa 8 agar kebolehpasaran para peserta dapat ditingkatkan sebaiknya.

TNB juga amat menggalakkan para pelatih PROTEGE-RTW Fasa 8 agar menjadikan Industri Bekalan Elektrik Malaysia sebagai industri utama dalam pemilihan majikan untuk bekerja setelah tamat program.

Oleh yang demikian, para pelatih adalah diminta untuk menyempurnakan program latihan sehingga lengkap 8 bulan, melainkan telah menerima tawaran kerja tetap yang setara dengan tahap pendidikan.

Syarat/Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan untuk menyertai Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan (Awam / Kimia / Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Mekatronik) dan lain- lain bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia dan selari dengan keperluan bisnes TNB / Anak Syarikat / pemain industri bekalan elektrik.
  3. SPM / SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  4. Had umur tidak melebihi 27 tahun.
  5. Graduan ijazah dari dalam dan luar negara  yang masih belum mendapat  pekerjaan dan keutamaan diberikan kepada graduan yang telah menganggur melebihi 6 bulan dari tarikh graduasi.
  6. Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
  7. Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB / Anak Syarikat TNB / pemain industri bekalan elektrik.
  8. Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).
  9. Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia / Protege bersama TNB / Anak Syarikat sebelum ini.

Cara Memohon

Permohonan Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 ini hanya boleh dibuat secara online melalui laman sesawang Career Opportunities TNB sebelum atau pada 30 September 2023.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di KEJORA September 2023, Temuduga Terbuka Di PRASARANA September 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Program Protege Ready To Work TNB Fasa 8 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More