Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Tarikh Hari Putih / Puasa Ayyamul Bidh 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai puasa Ayyamul Bidh 2025 untuk rujukan utama umat Islam di luar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu Puasa Ayyamul Bidh?

Puasa Ayyamul Bidh atau biasa dipanggil puasa Hari Putih adalah salah satu amalan sunnah yang dilakukan oleh umat Islam pada tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan dalam kalender Hijriah.

Pada bulan Jamadil Awal, puasa ini menjadi sebuah kesempatan bagi kita untuk meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selain itu, puasa Ayyamul Bidh memiliki berbagai keutamaan yang membawa manfaat bagi kehidupan rohaniah dan keseharian kita.

Senarai Tarikh Hari Putih / Puasa Ayyamul Bidh 2025 1
Sumber Rasmi: JAKIM

Jadual Puasa Ayyamul Bidh 2025

Tarikh-tarikh bagi puasa Ayyamul Bidh 2025 adalah seperti berikut:

Tarikh Hijriah (H) Puasa Ayyamul Bidh 2025Tarikh Miladi (M) Puasa Ayyamul Bidh 2025Hari
13 Rejab 1446 H13 Januari 2025Isnin
14 Rejab 1446 H14 Januari 2025Selasa
15 Rejab 1446 H15 Januari 2025Rabu
13 Syaaban 1446 H12 Februari 2025Rabu
14 Syaaban 1446 H13 Februari 2025Khamis
15 Syaaban 1446 H14 Februari 2025Jumaat
13 Syawal 1446 H12 April 2025Sabtu
14 Syawal 1446 H13 April 2025Ahad
15 Syawal 1446 H14 April 2025Isnin
13 Zulkaedah 1446 H11 Mei 2025Ahad
14 Zulkaedah 1446 H12 Mei 2025Isnin
15 Zulkaedah 1446 H13 Mei 2025Selasa
13 Zulhijjah 1446 H10 Jun 2025Selasa
14 Zulhijjah 1446 H11 Jun 2025Rabu
15 Zulhijjah 1446 H12 Jun 2025Khamis
13 Muharram 1447 H8 Julai 2025Selasa
14 Muharram 1447 H9 Julai 2025Rabu
15 Muharram 1447 H10 Julai 2025Khamis
13 Safar 1447 H7 Ogos 2025Khamis
14 Safar 1447 H8 Ogos 2025Jumaat
15 Safar 1447 H9 Ogos 2025Sabtu
13 Rabiul Awal 1447 H6 September 2025Sabtu
14 Rabiul Awal 1447 H7 September 2025Ahad
15 Rabiul Awal 1447 H8 September 2025Isnin
13 Rabiul Akhir 1447 H5 Oktober 2025Ahad
14 Rabiul Akhir 1447 H6 Oktober 2025Isnin
15 Rabiul Akhir 1447 H7 Oktober 2025Selasa
13 Jamadil Awal 1447 H4 November 2025Selasa
14 Jamadil Awal 1447 H5 November 2025Rabu
15 Jamadil Awal 1447 H6 November 2025Khamis
13 Jamadil Akhir 1447 H4 Disember 2025Khamis
14 Jamadil Akhir 1447 H5 Disember 2025Jumaat
15 Jamadil Akhir 1447 H6 Disember 2025Sabtu
Puasa Ayyamul Bidh 2025

Niat Puasa Ayyamul Bidh

Berikut adalah lafaz niat puasa Ayyamul Bidh:

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Ta’ala.”

Bagi puasa sunat, anda masih boleh berpuasa sekiranya terlupa untuk niat pada malam harinya atau keesokan harinya sebelum Subuh.

Anda masih boleh berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat anda tidak makan dan minum, juga tidak melakukan apa-apa perkara yang membatalkan puasa bermula masuknya waktu Subuh sehingga tergelincirnya matahari.

Kelebihan Melaksanakan Puasa Ayyamul Bidh

Selain keutamaan rohaniah, puasa Ayyamul Bidh juga memberikan manfaat kesihatan. Berikut adalah beberapa hikmah dari puasa ini, iaitu:

  1. Puasa dapat membantu tubuh dalam proses detoksifikasi, iaitu mengeluarkan racun-racun dari dalam tubuh. Dengan berpuasa, tubuh memiliki waktu untuk memulihkan diri dan menjaga kesihatan secara keseluruhan.
  2. Puasa Ayyamul Bidh secara teratur dapat meningkatkan metabolisme tubuh. Dengan tidak makan pada waktu yang lebih panjang, tubuh bisa membakar lemak dengan lebih efisien, memberikan kesan positif bagi kesihatan jantung dan penurunan berat badan.
  3. Niat puasa Ayyamul Bidh pada bulan Jamadil Awal bukan hanya sekadar amalan sunnah, tetapi juga merupakan saranan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meneladani Rasulullah SAW. Dengan niat yang benar, ketulusan hati dan kesabaran, puasa ini akan membawa banyak keutamaan dan hikmah bagi sesiapa sahaja yang melaksanakannya. Selain mendapatkan pahala seperti berpuasa setahun penuh, kita juga melatih diri dalam kesabaran dan menjaga kesihatan jasmani.
Senarai Tarikh Hari Putih / Puasa Ayyamul Bidh 2025 2

Semoga perkongsian tarikh puasa Ayyamul Bidh 2025 ini bermanfaat dan selamat berpuasa serta selamat mempertingkatkan amal ibadah!

Artikel Berkaitan: Tarikh Puasa Ramadan 2025

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More