Punca Berat Badan Tidak Menurun
Setiap wanita pastinya obses dengan berat badan. Kalau boleh setiap kali lepas makan nak naik atas alat penimbang untuk tahu berapa gram berat naik. Kalau yang tengah berdiet makin kritikal keadaannya. Pagi petang siang malam nak timbang berat badan. Namun tahukah anda yang sebenarnya terdapat beberapa punca berat badan kita langsung tidak menurun?
Isi Kandungan
5 punca ‘penimbang rosak’
Memang la tu. Bila naik je weight scale, nampak angka bertambah, kita salahkan timbang. Rosak, nak buat macam mana kan?
Sebenarnya ramai tak tahu, ada cara yang betul untuk timbang berat nih. Kalau betul-betul nak cuba turunkan berat badan, kena pay attention dengan 5 kesilapan utama ni.
1. Timbang waktu malam.
Teeet, Waktu ni badan kita dah makan seharian. Memang la berat, Bagi time utk badan digest semua food. Paling optimum waktunya adalah lepas bangun tido, sebelum jam 7 pagi dan sebelum kita amik apa-apa makanan atau minuman.
2. Timbang setiap hari
No no no no. Badan kita ni memang ada naik turun. Dia bukan macam setiap hari nampak gradually akan berubah. Ada masa kita naik sikit, tapi turun pulak lepas tu. So give some time. Sekali seminggu cukup untuk track. Kalau tak nanti kita akan rasa down sebab berat tak turun.
3. Guna penimbang berlainan
Ni pun aslah ni. Kejap pakai timbang rumah, kejap pakai timbang supermarket, kejap kang pakai timbang tepung. Macam mana la nak konsisten. Pakai satu timbang sahaja!
4. Timbang semata-mata
Yang ni pun salah. Kena ukur inci jugak. Kat perut, peha, lengan dan pinggul. Kadang-kadang bila kita buat work out, berat tak turun malah kadang naik.
Tapi sebenarnya body kita makin solid. Sebab lemak tukar jadi otot. So inci kurang dengan jayanya. Waktu ni la pakai seluar lama jadi longgar. So jangan hanya tengok pada skala berat sahaja. Ukur juga bentuk badan okeh?
5. Workout tapi tak jaga makan
Halu. 70% of weight loss comes from controlling your diet. Sebab tu ada orang senam macam-macam tapi naik berat sebab lepas senam tu dia makan macam biasa. Contoh, berlari 30 minit akan burn lebih kurang 200 kalori sahaja untuk beginner.
Tapi lepas lari tu dia singgah beli Big Mac, 560 kalori. Tak campur fries dan air coke lagi. Rasanya efektif tak? Of course la tak! So jaga makan dulu ye. If you could do that, in sya Allah boleh turun dengan konsisten dan badan sehat sejahtera.
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Punca Berat Badan Tidak Menurun ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.