Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Punca rambut gugur teruk yang ramai tak tahu!

Punca rambut gugur sangat banyak ya. Boleh jadi hormon, boleh jadi keturunan dan boleh jadi juga kerana makan ubat. Tapi sebenarnya ada banyak punca lain yang kita akan teliti hari ini.

Rambut gugur dalam kalangan wanita jelas kerap berlaku terutama selepas melahirkan anak. Ada juga orang-orang tua berpandangan ketika bayi sedang membesar dan ‘menyembur’ air liur, rambut ibunya akan lebih banyak gugur. Sejauh mana signifikan perkara itu, ianya tidak diketahui jelas.

punca rambut gugur

Namun, bukan sahaja wanita selepas kelahiran yang mengalami keguguran rambut. Ramai sebenarnya yang menghadapi situasi masalah ini termasuk lelaki hinggakan ramai yang emngambil keputusan untuk ‘tanam rambut’. Ianya boleh jadi normal dan juga tidak normal. Walau bagaimanapun, untuk mengetahui lanjut, ayuh kita tengok terlebih dahulu fasa pertumbuhan rambut.

Isi Kandungan

3 fasa pertumbuhan rambut

Pertumbuhan rambut ini mempunyai tiga fasa.

  1. Fasa pertama ialah anagen iaitu fasa penumbuhan rambut yang mana sel akar rambut menjadi aktif selama tiga hingga 10 tahun.
  2. Fasa kedua adalah katagen. Ia fasa peralihan yang mana akar rambut akan mengecut dan mencapai tempoh matang. Fasa ini berlangsung selama dua hingga tiga minggu.
  3. Fasa ketiga ialah telogen iaitu sel rambut sudah tidak aktif, rambut tidak tumbuh dan akan gugur

Jadi kemungkinan yang kerap keguguran itu telah mencapai fasa ketiga pertumbuhan rambut. Malah secara puratanya, seorang dewasa mempunyai 100,000 hingga 150,000 helai rambut. Justeru kemungkinan ia boleh mengalami keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari.

Tetapi jumlah rambut gugur bergantung kepada ketebalan rambut seseorang. Mereka yang memiliki rambut tebal, maka rambut yang gugur kelihatan lebih banyak.

Punca rambut gugur

Menurut Hello Doctor, terdapat beberapa sebab terjadinya rambut gugur, di sini kami senaraikan sebabnya untuk panduan dan rujukan pembaca.

punca rambut gugur

Punca rambut gugur: Tekanan

Tekanan adalah punca biasa bagi masalah keguguran rambut. Tekanan menyebabkan badan mengamalkan proses biologi yang tidak normal dan mengganggu keadaan biasa dalam badan, dan kadang-kadang tidak dapat diramalkan. Tekanan sering memberi kesan kepada fasa telogen kitaran pertumbuhan rambut meningkatkan jumlah rambut yang gugur pada fasa ini.

Punca rambut gugur: Terlebih mendandan rambut

Jika anda suka gaya rambut toncang ketat (bun ballerina), rambut akan menipis akibat daya tarikan alopecia iaitu satu situasi di mana ketegangan berlaku disebabkan oleh gaya rambut terutamanya di sekitar garis rambut dan di belakang telinga.

Selain itu, pelindung kimia untuk meluruskan rambut, rawatan minyak panas atau apa-apa jenis bahan kimia yang keras atau bersuhu tinggi boleh menjejaskan akar rambut dan rambut tidak akan tumbuh kembali.

Punca rambut gugur: Pemakanan

Mungkin ramai beranggapan sudah mendapatkan makanan yang sihat khususnya apabila dalam pelan perancangan diet namun tanpa sedar diet ketat mungkin salah satu penyebab kepada keguguran rambut. Menurut Akademi Dermatologi Amerika, sekiranya anda tidak mendapatkan protein yang mencukupi dalam diet, tubuh akan mendapatkan protein dengan mematikan pertumbuhan rambut.  

Punca rambut gugur: Kemoterapi

Sesetengah ubat yang digunakan untuk mengalahkan kanser tetapi ia juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Ia menghancurkan sel-sel yang membelah dengan cepat. Ini bermakna bukan sahaja sel-sel kanser, tetapi juga memecahkan sel seperti rambut dengan cepat.

Punca rambut gugur: Pengambilan ubat-ubatan

Pengambilan sesetengan ubat-ubatan boleh menggalakkan keguguran rambut. Lebih umum di antaranya adalah ubat mencair darah tertentu dan ubat tekanan darah yang dikenali sebagai beta-blokers. Ubat lain yang mungkit menyebabkan rambut gugur adalah methotrexate (digunakan untuk merawat keadaan reumatik dan beberapa keadaan kulit), litium (untuk gangguan bipolar), ubat anti-radang nonsteroid (NSAIDs) termasuk ibuprofen, dan mungkin antidepresan.

punca rambut gugur

Penutup

Justeru, jangan dibuat ringan ya kallau ada maslaah rambut gugur. Perlu dapatkan rawatan segera dengan pegawai bertauliah. Marilah kita sama-sama menjaga ‘mahkota’ indah ini agar sentiasa sihat dan berkembang dengan baik. Antara petua rambut gugur yang boleh dilakukan selain dapatkan rawatan adalah, perlu guna supplement khas untuk rambut, jaga pemakanan, jaga penjagaan rambut, pastikan rambut betul-betul kering terlebih dahulu sebelum diikat dan pakai tudung bagi orang perempuan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More