Temuduga Terbuka Puspakom 2024 & Jadual Perkhidmatan Unit Bergerak
Temuduga Terbuka Puspakom bagi tahun 2024 akan diadakan untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk menghadiri temuduga terbuka seperti ketetapan dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Temuduga Terbuka Puspakom 2024
Maklumat lanjut tentang Temuduga Terbuka Puspakom 2024 adalah seperti yang berikut:
Jawatan | Tarikh Temuduga | Masa Temuduga | Lokasi Temuduga | Faedah Pekerjaan |
---|---|---|---|---|
Pemeriksa Kenderaan | 5 Jun 2024 | 9.00 Pagi – 4.00 Petang | Puspakom Kuantan | 1. Perubatan di Klinik dan Hospital Panel. 2. Perlindungan Insurans Kelompok. 3. Bonus dan Kenaikan Gaji Mengikut Prestasi. 4. Latihan dan Pembangunan Kerjaya. |
Pemeriksa Kenderaan | 8 Jun 2024 – 9 Jun 2024 | 9.00 Pagi – 4.00 Petang | Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh, Melaka | 1. Perubatan di Klinik dan Hospital Panel. 2. Perlindungan Insurans Kelompok. 3. Bonus dan Kenaikan Gaji Mengikut Prestasi. 4. Latihan dan Pembangunan Kerjaya. |
Pemeriksa Kenderaan | 12 Jun 2024 | 9.00 Pagi – 4.00 Petang | Puspakom Gopeng | 1. Perubatan di Klinik dan Hospital Panel. 2. Perlindungan Insurans Kelompok. 3. Bonus dan Kenaikan Gaji Mengikut Prestasi. 4. Latihan dan Pembangunan Kerjaya. |
Pemeriksa Kenderaan | 13 Jun 2024 | 9.00 Pagi – 4.00 Petang | Dewan Institut Latihan Perindustrian Ipoh | 1. Perubatan di Klinik dan Hospital Panel. 2. Perlindungan Insurans Kelompok. 3. Bonus dan Kenaikan Gaji Mengikut Prestasi. 4. Latihan dan Pembangunan Kerjaya. |
Syarat Kelayakan
Calon lantikan Temuduga Terbuka Puspakom 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Diploma / Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam Kejuruteraan Mekanikal atau Automotif.
- Memperolehi 3 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Mempunyai lesen memandu B2 dan D.
- Berumur 21 hingga 28 tahun.
- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.
Spesifikasi Tugas
Menjalankan pemeriksaan kenderaan mengikut akta, piawaian dan peraturan yang telah ditetapkan dan sentiasa memastikan peralatan pemeriksaan kenderaan sentiasa dalam keadaan yang baik.
Untuk mengetahui maklumat lanjut yang terkini berkaitan Temuduga Terbuka ini, sila rujuk pautan dibawah
>>>IKLAN PENUH TEMUDUGA TERBUKA PUSPAKOM 2024<<<
Maklumat Tambahan
Calon yang terpilih akan menjalani latihan selama 6 minggu termasuk latihan sambil bekerja di cawangan Puspakom seluruh Malaysia.
Sila imbas Kod QR pada IKLAN PENUH PERMOHONAN untuk membuat pendaftaran dan lampirkan bersama Resume calon.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut berkaitan Temuduga Terbuka ini, sila hubungi 03 – 2052 7585 / 7559.
Selain itu, Puspakom juga menyediakan perkhidmatan unit bergerak untuk pemeriksaan pelbagai jenis kenderaan untuk anda semua di luar sana!
Berikut merupakan Jadual Perkhidmatan Unit Bergerak mengikut tarikh dan lokasi, tanpa perlu membuat sebarang temujanji.
Wilayah | Lokasi | Tarikh (8.00 Pagi – 1.00 Petang) |
---|---|---|
Perak | Pusat Perindustrian Gerik | 4 Jun 2024 – 6 Jun 2024 |
Johor | Jalan Teknologi 6, Mersing | 4 Jun 2024 – 6 Jun 2024 |
Terengganu | Parkir Mini Stadium, Besut | 7 Jun 2024 – 8 Jun 2024 |
Terengganu | Kawasan Perindustrian Batu 7, Dungun | 4 Jun 2024 – 5 Jun 2024 |
Kelantan | Lot 2904, Kampung Sungai Durian, Kuala Krai | 12 Jun 2024 – 14 Jun 2024 |
Kelantan | KM 96, Jalanraya Timur Barat, Jeli | 10 Jun 2024 – 11 Jun 2024 |
Kelantan | Tapak Pasar Minggu, Bandar Baru, Gua Musang | 19 Jun 2024 |
Pahang | R&R Merapoh, Batu Yon 2, Kuala Lipis | 20 Jun 2024 – 21 Jun 2024 |
Pahang | Pasar Malam Pekan Tajau, Maran | 25 Jun 2024 – 26 Jun 2024 |
Pahang | Feri Water Front, Jerantut | 27 Jun 2024 – 28 Jun 2024 |
Negeri Sembilan | Stesen Bas Feldajaya, Jempol | 4 Jun 2024 – 7 Jun 2024 |
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2024,
- Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 2024,
- Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri 2024,
- Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Temuduga Terbuka Puspakom 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.