Radang Sinus (Resdung); 14 Simptom Boleh Jadi Kronik!
Radang sinus biasa ramai yang tidak tahu tentang apa, tapi bila sebut resdung! Huh baru ramai faham. Hidung kerap tersumbat, berair dan gatal-gatal terutama bila makan sesuatu seperti belacan, udang kering, ikan bilis dan lain-lain itu adalah tanda resdung. Asyik menggaru hidung dan bersin saja sampai habis hidung jadi merah malah boleh juga bengkak. Ramai ingatkan selsema biasa hinggakan ada yang mengalaminya hingga bertahun lamanya. Bila makin ketara dan pergi dapatkan rawatan, rupanya itu radang sinus atau resdung.
Isi Kandungan
Simptom Radang Sinus biasa boleh jadi kronik!
Menurut Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) yang juga Pakar Bedah Kepala dan Leher Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Wong Hui Tong, seperti yang dikongsi menerusi akhbar Berita Harian berkata resdung penyakit yang biasa dan menjejaskan kira-kira 10 sehingga 15 peratus populasi di Malaysia.
Resdung yang sudah berada pada tahap kronik dan tidak dirawat, boleh menyebabkan jangkitan hingga ke mata dan otak. Jika penyakit itu sudah mengganggu bahagian mata, bimbang boleh menyebabkan mata merah, membengkak dan juga kabur. Jangkitan yang merebak ke bahagian otak pula jika tidak dirawat, sengsara penyakit itu boleh menyebabkan demam tinggi seterusnya sawan.
Seperti penyakit lain, resdung juga mempunyai gejala atau simptom tertentu bagi mengenalpasti memang betul itu adalah resdung atau sekadar selesema biasa. Gejala-gejala bagi resdung termasuklah:
• Bersin
• Hidung berair
• Hidung tersumbat
• Hidung gatal
• Batuk
• Sakit atau gatal tekak
• Mata gatal
• Mata berair
• Lingkaran hitam di bawah mata
• Sakit kepala yang kerap
• Gejala-gejala jenis ekzema, seperti kulit yang sangat kering dan gatal yang boleh menyebabkan lepuh(blister)
• “Hives”
• Keletihan yang berlebihan
• Hilang deria rasa dan bau
• Batuk teruk pada waktu malam
• Jerawat pada muka
• Selsema berpanjangan
• Hidung berbau busuk
Biasanya akan mengalami satu atau lebih gejala-gejala ini serta merta selepas berhadapan dengan alergen. Sesetengah gejala, seperti sakit kepala yang kerap dan keletihan, mungkin hanya berlaku selepas terdedah kepada alergen dalam jangka masa yang panjang. Namun, demam bukan gejala bagi resdung.
Punca radang sinus
Resdung atau radang sinus menurut MyHealth.my ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
- Bermusim: Gejala bagi resdung jenis ini boleh berlaku pada musim bunga, musim panas dan awal musim gugur. Ia biasanya disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora yang terbang di udara atau debunga dari rumput atau pokok yang berbunga.
- Berpanjangan: Pesakit akan mengalami gejala sepanjang tahun. Ia biasanya disebabkan oleh hama debu, bulu daripada binatang peliharaan, lipas atau kulat. Alergi terhadap makanan jarang menyebabkan gejala yang berkaitan dengan hidung.
Sesetengah orang mungkin mengalami kedua-dua jenis resdung, dengan gejala-gejala bagi resdung bermusim semakin teruk semasa musim debunga yang spesifik. Terdapat juga punca-punca bukan alergi bagi resdung termasuklah asap rokok atau asap lain, minyak wangi, produk pencuci dan bau lain yang kuat.
Resdung atau radang sinus ini boleh terjadi disebabkan beberapa factor lain juga. Antaranya adalah disebabkan virus, bakteria dan kulat. Ia boleh terjadi juga disebabkan agen penyebab seperti Alahan, iritasi kimia dan ketumbuhan dalam hidung (polyp).
uktinya, anda akan dapat merasai tahap kesegaran badan anda dan pengurangan dalam resdung.
- Ubat-Ubatan Tradisional atau Moden
- Dapatkan ubat di pasaran atau farmasi terdekat untuk pencegahan awal.
- Ada jenis cecair, jenis untuk dihidu atau pil makan untuk dalaman anda.
- Pastikan anda mendapatkan penerangan terlebih dahulu sebelum membeli dan menggunakannya.
Elakkan Radang Sinus dengan perkara berikut
Resdung ini boleh dikurangkan risiko dengan beberapa perkara. Antaranya seperti yang pernah dikongsi menerusi artikel Atasi Resdung Teruk Dengan 3 Cara ini iaitu;
- Penjagaan Persekitaran
- Elakkan pergi ke kawasan yang habuk atau udara tercemar.
- Pastikan ruang pengudaraan anda berada dalam keadaan yang baik dan segar.
- Tepuk, bersih dan kibas cadar, bantal dan tempat tidur anda.
- Senaman Ringkas
- Sentiasa mengamalkan kehidupan yang sihat untuk meningkatkan tahap imunisasi badan anda.
- Banyakkan melakukan senaman yang boleh mengeluarkan peluh.
- Elakkan menghadap elektronik sehingga 24 jam atau tidak melakukan pergerakan besar.
- Pemakanan Yang Sihat
- Mengambil makanan yang berprotein tinggi sesuai untuk tubuh badan anda.
- Ambil supplemen tambahan seperti Vitamin C.
- Tidak memakan makanan yang terlalu pedas atau tidak sesuai dengan anda.
- Merujuk Doktor Pakar
- Berjumpalah dengan mana-mana doktor dari klinik atau hospital.
- Buat janji temu untuk dapatkan penerangan lanjut berkaitan tahap resdung anda.
Namun begitu, jika terdapat gejala atau simptom dilihat berlarutan, pastikan mendapatkan rawatan dengan doktor di klinik atau hospital agar ianya tidak memudaratkan.