Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Rahsia Amalan untuk Minda Sihat

Rahsia Minda yang sihat sangat penting untuk dijaga  kerana ia dapat mengurangkan risiko tekanan pada pemikiran, mental dan juga perasaan seseorang.

Untuk menjadi seorang manusia yang memiliki akal yang cergas, seseorang mestilah mempunyai akal yang waras dalam membuat pertimbangan keputusan.  Akal yang hebat  dilahirkan daripada otak yang cerdas.

Isi Kandungan

Senarai rahsia dah petua amalan untuk minda sihat

1. Sarapan pagi wajib di ambil

Jika seseorang yang tidak mengambil sarapan pagi paras gula dalam darah akan menjadi rendah dan ini dapat mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.   Kesan daripada ini kebanyakan sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.

Pakar kesihatan menyatakan bahawa pengambilan sarapan pagi adalah penentu kepada kualiti cara hidup anda sepanjang hari.

2. Jauhkan dari makan secara berlebihan

Manusia  yang berfikiran bijak kebiasannya amat mengambil berat pada setiap pemakanan mereka.  Secara umumnya mereka yang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut bagi tujuan pencernaan.

Akibat daripada kesan ini akan menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.

3. Dilarang merokok

Bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam asap rokok sangat merbahaya.  Ia boleh merosakkan sel-sel otak anda.

Kanak-kanak juga dikategorikan sebagai perokok pasif. Ini kerana kanak-kanak menyedut asap rokok basi yang disebarkan oleh perokok. Akibatnya, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Ini merupakan antara salah satu rahsia terbesar untuk kita menjaga kesihatan kita. Ingatlah, merokok boleh menjejaskan kesihatan. anda boleh baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut dan ianya dicegah sama sekali oleh kerajaan.

rahsia
Rahsia merokok jejas kesihatan

4. Pengambilan gula secara berlebihan

Gula memang manis tetapi pengambilan secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan anda.

secara amnya, makanan lengkap seperti buah-buahan, sayuran, tenusu dan bijirin yang mempunyai gula semula jadi ini membuatkan badan mencerna karbohidrat dengan perlahan supaya sel mendapat bekalan tenaga yang stabil.

Kadar pengambilan gula secara berlebihan dapat mengganggu proses penyerapan protein dan nutrisi.  Kesan ini dapat mengganggu  proses perkembangan otak yang akan menyebabkan pemikiran manusia menjadi lembap dalam berfikir.

5. Amalkan hirup  udara bersih

Menghirup udara segar dan bersih secara tidak langsung membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.   Otak merupakan organ pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. cuba kita selami alam fauna yang ada disekeliling kita. Kita mulakan aktiviti hujung muinggu dengan membuat aktiviti seoperti hiking, beriadah dan sebagainya. ianya penting untuk kita dalam memberikan kesihatan dari segi mental dan juga fizikal. ianya rahsia akan kesejahteraan kestihatan kita juga.

6. Tidur yang cukup

Tidur yang cukup juga salah satu faktor terpenting dalam menghasilkan otak yang sihat dan cerdas.  Cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang adalah dengan mendapatkan tidur yang cukupnya tetapi sekiranya berlebihan pula, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. Tidur dengan cara yang betul

Posisi tidur dalam keadaan yang tidak betul seperti meniarap atau menangkup muka dengan bantal, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida terperangkap dan akan dihidu semula.  Oleh hal yang demikian, otak akan kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang ketika tidur.

8. Latih otak berimaginasi dan berfikir

Setiap sesuatu perkara atau kerja yang jarang diasah atau digunakan sudah tentu sedikit sebanyak dapat mempengaruhi tahap kerja atau prestasi sebenar yang mampu dilakukan.

Begitu jugalah dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak dalam berfikir.

Rahsia Amalan untuk Minda Sihat 1
rahsia imaginasi

Amalan-amalan tersebut bagus untuk diamalkan demi untuk memiliki minda yang lebih sihat. Selain itu, anda juga boleh memnambah bacaan berkenaan dengan amalan dengan mengamalkan petua-petua tersebut. Ianya juga merupakan rahsia turun temurun nenek moyang kita.

Semoga bermanfaat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More