Ramadan 2024: Tarikh Puasa & Cuti Awal Ramadan Di Malaysia
Berikut dikongsikan tarikh puasa Ramadan 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan
Tarikh Penting Dalam Islam Bagi Tahun 2024
Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam islam bagi perayaan atau hari kebesaran islam untuk tahun 2024.
Boleh rujuk jadual berikut untuk mengetahui tarikh mula puasa atau Ramadan 2024.
Tarikh Hijri (H) | Tarikh Miladi (M) | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
---|---|---|
27 Rejab 1445 | 8 Februari 2024 | Israk Dan Mikraj |
1 Ramadan 1445 | 12 Mac 2024 | Awal Ramadan / Berpuasa |
17 Ramadan 1445 | 28 Mac 2024 | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal 1445 | 10 April 2024 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
1 Zulhijjah 1445 | 8 Jun 2024 | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah 1445 | 17 Jun 2024 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1446 | 7 Julai 2024 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1446 | 16 September 2024 | Maulidur Rasul |
Tarikh Ramadan 2024
Awal Ramadan menandakan permulaan puasa tahunan bagi umat Islam di seluruh Malaysia.
Tarikhnya berbeza-beza setiap tahun kerana ia berdasarkan kalendar bulan Islam dan kaedah penentuan rukyah dan hisab.
Tarikh-tarikh bagi Ramadan 2024 adalah seperti berikut:
Tarikh | Hari |
---|---|
1 Ramadan 1445H / 12 Mac 2024 | Selasa |
2 Ramadan 1445H / 13 Mac 2024 | Rabu |
3 Ramadan 1445H / 14 Mac 2024 | Khamis |
4 Ramadan 1445H / 15 Mac 2024 | Jumaat |
5 Ramadan 1445H / 16 Mac 2024 | Sabtu |
6 Ramadan 1445H / 17 Mac 2024 | Ahad |
7 Ramadan 1445H / 18 Mac 2024 | Isnin |
8 Ramadan 1445H / 19 Mac 2024 | Selasa |
9 Ramadan 1445H / 20 Mac 2024 | Rabu |
10 Ramadan 1445H / 21 Mac 2024 | Khamis |
11 Ramadan 1445H / 22 Mac 2024 | Jumaat |
12 Ramadan 1445H / 23 Mac 2024 | Sabtu |
13 Ramadan 1445H / 24 Mac 2024 | Ahad |
14 Ramadan 1445H / 25 Mac 2024 | Isnin |
15 Ramadan 1445H / 26 Mac 2024 | Selasa |
16 Ramadan 1445H / 27 Mac 2024 | Rabu |
17 Ramadan 1445H / 28 Mac 2024 | Khamis |
18 Ramadan 1445H / 29 Mac 2024 | Jumaat |
19 Ramadan 1445H / 30 Mac 2024 | Sabtu |
20 Ramadan 1445H / 31 Mac 2024 | Ahad |
21 Ramadan 1445H / 1 April 2024 | Isnin |
22 Ramadan 1445H / 2 April 2024 | Selasa |
23 Ramadan 1445H / 3 April 2024 | Rabu |
24 Ramadan 1445H / 4 April 2024 | Khamis |
25 Ramadan 1445H / 5 April 2024 | Jumaat |
26 Ramadan 1445H / 6 April 2024 | Sabtu |
27 Ramadan 1445H / 7 April 2024 | Ahad |
28 Ramadan 1445H / 8 April 2024 | Isnin |
29 Ramadan 1445H / 9 April 2024 | Selasa |
Cara Awal Ramadan Ditentukan
Setiap tahun permulaan puasa akan diumumkan secara rasmi oleh televisyen, radio dan media-media rasmi Kerajaan.
Permulaan puasa ini ditentukan dengan terlihatnya hilal selepas berlaku ijtimak iaitu apabila bumi, bulan dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama.
Menurut astronomi moden dan ilmu falak, perkiraan bulan baru bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk barat ketika matahari terbenam.
Di Malaysia, tanggungjawab melihat hilal dilakukan oleh Jawatankuasa Rukyah Negeri yang dilantik oleh Ketua Agama Islam Negeri yang diurusetiakan oleh Jabatan Mufti Negeri.
Terdapat kira-kira 29 lokasi melihat anak bulan di seluruh Malaysia dengan menggunakan peralatan berteknologi seperti teleskop dan total station serta pengiraan data rukyah yang meliputi jadual pergerakan bulan dan matahari digunakan pada hari rukyah bagi membantu para pencerap menentukan tarikh Awal Ramadan dengan tepat.
Cuti Umum Sempena Awal Ramadan 2024
Untuk makluman, Awal Ramadan iaitu 12 Mac 2024 (Selasa) merupakan tarikh Cuti Umum bagi negeri
- Johor
- Kedah
- Melaka
Tips Persediaan Menyambut Ramadan
Disebabkan Ramadan 2024 sudah tidak lama lagi akan menjelma, adalah lebih baik kita membuat persediaan awal sebelum kedatangannya.
Berikut dikongsikan sedikit tips persedian untuk kita sebagai umat Islam sebelum menyambut Ramadan, antaranya adalah
- Latih diri berpuasa sebelum bulan Ramadan datang supaya kita lebih bersedia dan bersemangat untuk menunaikan ibadat puasa selama sebulan dengan sebaiknya pada bulan Ramadan nanti.
- Ubah corak tidur. Corak tidur yang baik sangat penting bagi memastikan kita mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Seterusnya, ia akan membantu memudahkan rutin Ramadan kita, misalnya untuk bangun sahur ataupun untuk mengerjakan solat Tahajjud pada satu per tiga malam.
- Rancang kewangan harian. Rancang dari segi kewangan sebaiknya supaya perbelanjaan harian kita pada bulan Ramadan nanti tidak melebihi bajet yang ditetapkan yang mana boleh menjurus kepada berlakunya pembaziran.
- Rutinkan amalan sedekah dalam kehidupan harian. Biasakan amalan itu dari sekarang kerana ia akan menjadi lebih mudah apabila memasuki bulan Ramadan nanti.
- Rancang menu harian. Perancangan awal sebelum Ramadan adalah sangat penting. Khususnya dari segi perancangan menu berbuka dan bersahur. Dengan perancangan awal ini, kita akan dapat menjimatkan masa di dapur dan menggunakan masa selebihnya untuk beribadah sebaiknya.
- Banyak mempelajari atau mendalami ilmu / hukum berkenaan puasa.
- Membersihkan kawasan rumah sebelum menyambut Ramadan. Ini seakan-akan menjemput tetamu hadir ke rumah. Jadi dengan membersihkan rumah, ia dapat membuatkan kita lebih selesa dan seronok untuk mengajak sanak-saudara beribadah di rumah.
- Sediakan senarai doa untuk diamalkan pada bulan Ramadan. Memperbanyakkan berdoa pada bulan ini pahala akan dilipatgandakan berbanding bulan-bulan yang lain.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!