Ramadan 2025: Tarikh Puasa & Cuti Awal Ramadan Di Malaysia
Berikut dikongsikan tarikh penuh puasa Ramadan 2025 untuk makluman awal anda semua di luar sana untuk membuat persiapan menyambutnya.
Isi Kandungan
Tarikh Penting Dalam Islam Bagi Tahun 2025
Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam islam bagi perayaan atau hari kebesaran islam untuk tahun 2025.
Boleh rujuk jadual berikut untuk mengetahui tarikh mula puasa atau Ramadan 2025.
Tarikh Hijri (H) | Tarikh Miladi (M) | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
---|---|---|
27 Rejab 1446 | 27 Januari 2025 | Israk Dan Mikraj |
*1 Ramadan 1446 | 2 Mac 2025 | Awal Ramadan / Berpuasa |
17 Ramadan 1446 | 18 Mac 2025 | Nuzul Al-Quran |
*1 Syawal 1446 | 31 Mac 2025 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
*1 Zulhijjah 1446 | 29 Mei 2025 | Awal Zulhijjah |
*10 Zulhijjah 1446 | 7 Jun 2025 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1447 | 27 Jun 2025 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1447 | 5 September 2025 | Maulidur Rasul |
*Tarikh-tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja, Malaysia.
Tarikh Ramadan 2025
Awal Ramadan menandakan permulaan puasa tahunan bagi umat Islam di seluruh dunia.
Tarikhnya berbeza-beza setiap tahun kerana ia berdasarkan kalendar bulan Islam dan kaedah penentuan rukyah dan hisab.
Ramadan 2025 dijangka akan bermula pada 2 Mac 2025.
Tarikh-tarikh bagi Ramadan 2025 adalah seperti berikut:
Tarikh | Hari |
---|---|
1 Ramadan 1446H / 2 Mac 2025 | Ahad |
2 Ramadan 1446H / 3 Mac 2025 | Isnin |
3 Ramadan 1446H / 4 Mac 2025 | Selasa |
4 Ramadan 1446H / 5 Mac 2025 | Rabu |
5 Ramadan 1446H / 6 Mac 2025 | Khamis |
6 Ramadan 1446H / 7 Mac 2025 | Jumaat |
7 Ramadan 1446H / 8 Mac 2025 | Sabtu |
8 Ramadan 1446H / 9 Mac 2025 | Ahad |
9 Ramadan 1446H / 10 Mac 2025 | Isnin |
10 Ramadan 1446H / 11 Mac 2025 | Selasa |
11 Ramadan 1446H / 12 Mac 2025 | Rabu |
12 Ramadan 1446H / 13 Mac 2025 | Khamis |
13 Ramadan 1446H / 14 Mac 2025 | Jumaat |
14 Ramadan 1446H / 15 Mac 2025 | Sabtu |
15 Ramadan 1446H / 16 Mac 2025 | Ahad |
16 Ramadan 1446H / 17 Mac 2025 | Isnin |
17 Ramadan 1446H / 18 Mac 2025 | Selasa |
18 Ramadan 1446H / 19 Mac 2025 | Rabu |
19 Ramadan 1446H / 20 Mac 2025 | Khamis |
20 Ramadan 1446H / 21 Mac 2025 | Jumaat |
21 Ramadan 1446H / 22 Mac 2025 | Sabtu |
22 Ramadan 1446H / 23 Mac 2025 | Ahad |
23 Ramadan 1446H / 24 Mac 2025 | Isnin |
24 Ramadan 1446H / 25 Mac 2025 | Selasa |
25 Ramadan 1446H / 26 Mac 2025 | Rabu |
26 Ramadan 1446H / 27 Mac 2025 | Khamis |
27 Ramadan 1446H / 28 Mac 2025 | Jumaat |
28 Ramadan 1446H / 29 Mac 2025 | Sabtu |
29 Ramadan 1446H / 30 Mac 2025 | Ahad |
Cuti Umum Sempena Awal Ramadan 2025
Untuk makluman, Awal Ramadan iaitu 2 Mac 2025 (Ahad) merupakan tarikh cuti umum bagi negeri:
- Johor; dan
- Kedah
Cara Awal Ramadan Ditentukan
Setiap tahun permulaan puasa akan diumumkan secara rasmi oleh televisyen, radio dan media-media rasmi Kerajaan.
Permulaan puasa ini ditentukan dengan terlihatnya hilal selepas berlaku ijtimak iaitu apabila bumi, bulan dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama.
Menurut astronomi moden dan ilmu falak, perkiraan bulan baru bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk barat ketika matahari terbenam.
Di Malaysia, tanggungjawab melihat hilal dilakukan oleh Jawatankuasa Rukyah Negeri yang dilantik oleh Ketua Agama Islam Negeri yang diurusetiakan oleh Jabatan Mufti Negeri.
Terdapat kira-kira 29 lokasi melihat anak bulan di seluruh Malaysia dengan menggunakan peralatan berteknologi seperti teleskop dan total station serta pengiraan data rukyah yang meliputi jadual pergerakan bulan dan matahari digunakan pada hari rukyah bagi membantu para pencerap menentukan tarikh Awal Ramadan dengan tepat.
Semoga perkongsian sedikit info tentang Ramadan 2025 ini bermanfaat dan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia!
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”
Selamat Berpuasa dan Beramal!