Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Rayuan BPR Kod Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan

Menurut FAQ (Soalan Lazim) Pembayaran BPR Fasa 2 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), kelayakan pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Ini bermakna, terdapat proses semakan yang tetap akan dilakukan bagi menyaring penerima BPR Fasa 2 dan seterusnya.

Isi Kandungan

Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2

Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 yang dikongsikan oleh pengguna media sosial adalah seperti berikut:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Rayuan BPR Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan

Jika merujuk kepada permohonan sebelum ini seperti BSH dan BPN, beberapa lagi alasan mungkin menyebabkan anda TIDAK LULUS BPR FASA 2, antaranya:

  • Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
  • Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
  • Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa

Tarikh Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua

Sekiranya anda menerima kod alasan BPR Fasa 2 yang dianggap tidak munasabah atau tidak bertepatan dengan status sebenar anda, maka anda bolehlah mengemukakan rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka tidak lama lagi.

Rayuan BPR Fasa 2 akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan.

Namun, pastikan anda menyertakan dokumen yang berkaitan berdasarkan kod yang dinyatakan.

Kod Tidak Lulus BPR & Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Rayuan

Bagi anda yang tidak lulus BPR tempoh hari, sila rujuk KOD TIDAK LULUS dan sediakan dokumen sokongan yang bersesuaian seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah:

Rayuan BPR Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan

Rayuan BPR Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan

Rayuan BPR Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan

Rayuan BPR Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan

Rayuan BPR Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan

Rayuan BPR Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan

Rayuan BPR Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan

Rayuan BPR Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Rayuan BPR Kod Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan 1

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More