Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Rayuan Haji 2025 Akan Dibuka Bermula 26 Disember 2024

Berikut adalah info terkini berkaitan rayuan haji 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Surat Tawaran Haji Bagi Tahun 1446H/2025M

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji bagi tahun 1446H/2025M secara berperingkat mulai 16 Disember 2024.

Bakal haji perlu cukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.

TH juga akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar untuk bakal haji Muassasah daripada kalangan B40 dan M40 pada tahun ini (1446H/2025M) walaupun terdapat peningkatan kos menunaikan ibadat haji.

Kos Haji Seorang Jemaah Muassasah

Kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah bagi musim haji 1446H/2025M adalah RM 33,300 seorang.

Rayuan Haji 2025 Akan Dibuka Bermula 26 Disember 2024 1

Bayaran Haji & Bantuan Kewangan Haji (HAFIS)

Bayaran haji dan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) mengikut kumpulan bagi musim haji 1446H/2025M adalah seperti berikut:

Kategori Jemaah Haji MuassasahBayaran HajiPeraturan Bayaran Dari Kos HajiBantuan Kewangan Haji (HAFIS)Peratusan HAFIS
Kumpulan B40RM15,00055%RM18,30063%
Kumpulan M40RM23,50029%RM9,80042%
Kumpulan T20RM33,300100%TiadaTiada
Rayuan Tunai Haji Luar GiliranRM33,300100%TiadaTiada
Rayuan Haji 2025 Akan Dibuka Bermula 26 Disember 2024 2
Rayuan Haji 2025 Akan Dibuka Bermula 26 Disember 2024 3
Rayuan Haji 2025 Akan Dibuka Bermula 26 Disember 2024 4

“Terdapat hampir empat (4) juta pendeposit yang telah mendaftar haji dan sedang menunggu giliran untuk menunaikan haji, namun kuota adalah terhad. Kos Haji Muassasah adalah jauh lebih rendah daripada pakej haji yang ditawarkan oleh syarikat swasta yang dilesenkan oleh TH dimana harga bermula sekitar RM55,000 seorang.”

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman

Tarikh Permohonan Rayuan Haji 2025

Bagi pemilihan bakal haji, TH akan mengutamakan bakal haji yang berbaki pada tahun 1445H/2024M dan mereka yang giliran pada 1446H/2025M.

Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.

Rayuan haji 2025 melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 26 Disember 2024.

>>>Boleh Dapatkan Surat Tawaran Haji & Buat Rayuan Haji 2025 Disini<<<

Bagi bakal haji yang ingin membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah, mereka yang terpilih melalui proses rayuan perlu membayar penuh kos haji selaras dengan syarat istito’ah.

Istito’ah merupakan syarat wajib haji meliputi aspek kemampuan kewangan, kesihatan, keselamatan dan terpilih dalam kuota haji.

Rayuan haji 2025 akan dikenakan bayaran penuh RM33,300 seorang.

3 pengecualian bayaran penuh diberikan kepada rayuan kes-kes berikut:

  1. Mahram;
  2. Pengiring Jemaah [Lanjut Usia / Pengiring Orang Kelainan Upaya (OKU)]; atau
  3. Giliran Sebelum Tahun Semasa.

Selain itu, jemaah haji juga perlu membuat persediaan untuk bakal haji pada tahun 2025 dan boleh rujuk info-info berikut:

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More