Insentif Rebat RAHMAH Aidilfitri 2025: Internet Percuma Pada Hari Raya

Berita baik terkini untuk semua rakyat Malaysia!
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai pemberian insentif Rebat RAHMAH Aidilfitri 2025 yang telah diumumkan oleh Kementerian Komunikasi untuk makluman semua rakyat Malaysia.
Isi Kandungan [show]
Insentif Rebat RAHMAH Sempena Hari Raya Aidilfitri
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi mengumumkan pemberian insentif Rebat RAHMAH berbentuk tambahan kuota data minimum 5GB kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi warganegara Malaysia (prabayar dan pascabayar) pada Hari Raya Aidilfitri pertama.
Tambahan kuota data ini sah bagi tempoh minimum 24 jam, tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat iaitu
- CelcomDigi,
- Maxis,
- U Mobile,
- TM Tech,
- YTL Communications,
- Pavo Comms,
- Tune Talk,
- redONE,
- REDtone, dan
- XOX Com.
Usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI yang menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat di samping mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Usaha Kerajaan dan semua syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat ini adalah selari dengan konsep RAHMAH dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
Semoga kemeriahan Hari Raya Aidilfitri ini lebih terasa apabila kita dapat berhubung dengan keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan.


Soalan Lazim / Insentif Rebat RAHMAH Aidilfitri 2025
Berikut adalah beberapa soalan lazim / FAQ mengenai insentif Rebat RAHMAH sempena Hari Raya Aidilfitri ini untuk makluman umum anda semua di luar sana.
Soalan 1: Bagaimanakah jika saya mempunyai pelan prabayar dan pascabayar? Adakah saya layak untuk kedua-duanya?
Jawapan: Setiap warganegara Malaysia layak menerima tawaran insentif secara sekali beri (one-off) bagi setiap akaun.
Soalan 2: Bilakah insentif Rebat RAHMAH sempena Hari Raya Aidilfitri boleh mula dinikmati?
Jawapan: Insentif ini akan mula ditawarkan pada Hari Raya Pertama Aidilfitri. Kuota tambahan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pelanggan, tertakluk kepada terma dan syarat serta pelaksanaan setiap telco yang terlibat. Pelanggan boleh berhubung dengan telco masing-masing untuk maklumat lanjut.
Soalan 3: Bagaimanakah saya boleh mengetahui maklumat lanjut tentang insentif Rebat RAHMAH sempena Hari Raya Aidilfitri ini?
Jawapan: Pelanggan boleh menghubungi hotline telco yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE dan REDtone, dan XOX Com atau hadir ke mana-mana cawangan telco yang berdekatan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan insentif Rebat RAHMAH Aidilfitri 2025 ini, anda boleh rujuk media sosial Kementerian Komunikasi dari semasa ke semasa.
Walau bagaimanapun, maklumat lanjut tentang insentif ini akan diumumkan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Oleh itu, anda juga boleh rujuk syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti berikut:
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!