Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Rendang Ayam Mudah & Rasa Seperti Masakan Orang Dulu

Berikut admin ingin kongsikan resepi rendang ayam yang boleh dihidang bersama-sama nasi impit, lemang, dan ketupat pada Hari Raya nanti.

Rendang secara tradisinya dihidangkan pada majlis-majlis istiadat, kenduri kahwin dan Hari Raya dan ia memang sangat sinonim dengan sambutan Hari Raya tak kiralah sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha, ia pasti akan menjadi antara menu utama.

Isi Kandungan [show]

Resepi Rendang Ayam

Resepi rendang ayam yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Khairulaming.

Rasanya seperti rendang mak-mak masak masa raya dulu-dulu!

Resepi Rendang Ayam Mudah & Rasa Seperti Masakan Orang Dulu 1
Rendang Ayam

Khairulaming adalah seorang pencipta kandungan digital (content creator), personaliti media sosial dan ahli perniagaan Malaysia yang sangat terkenal di Malaysia dengan tagline “Hey, what’s up guys?” pada permulaan setiap videonya.

Follow akaun TikTok dan Instagram Khairulaming untuk dapatkan resepi terkini, menarik dan viral yang dikongsikan olehnya.

Bahan-Bahan

Resepi ini adalah untuk 1 ekor ayam.

Bahan-bahan untuk membuat rendang ayam ini adalah seperti berikut:

  • 4 Biji Bawang Merah
  • 4 Batang Serai
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • Halia (Sebesar Ibu Jari)
  • Lengkuas (Sebesar Ibu Jari)
  • 1 Ketul Kecil Kunyit Hidup
  • Air (Secukupnya)
  • 2 – 3 Sudu Cili Kisar
  • 1 Ekor Ayam
  • 2 Kotak Kecil Santan
  • 4 Helai Daun Limau Purut
  • 1 Helai Besar Daun Kunyit
  • 2 Sudu Kerisik
  • 1 Ketul Kecil Gula Melaka
  • Pes Asam Jawa (Secukupnya)
  • Garam (Secukupnya)
  • Serbuk Perasa (Secukupnya)

Cara Penyediaan

Cara untuk memasak rendang ayam adalah seperti langkah-langkah berikut:

  1. Kisar bawang merah, serai, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit hidup dengan air.
  2. Kemudian, tumis bahan kisar tadi dalam minyak yang panas.
  3. Masukkan cili kisar.
  4. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, santan, daun limau purut dan daun kunyit.
  6. Masak sehingga ayam menjadi empuk.
  7. Apabila ayam sudah empuk, masukkan kerisik, gula melaka dan pes asam jawa.
  8. Kemudian, masukkan garam dan serbuk perasa.
  9. Masukkan lagi hirisan daun kunyit untuk hiasan.
  10. Sedia untuk dihidang dan boleh makan bersama nasi impit dan lemang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!

Anda juga boleh cuba buat Marshmallow Nougat yang bakal menjadi kuih raya moden yang disukai oleh orang ramai nanti.

Artikel Berkaitan: Resepi Biskut Almond LondonResepi Biskut SemperitResepi Biskut Coklat ChipResepi Biskut NestumResepi Biskut MakmurResepi Cornflakes MaduResepi Biskut Kelapa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More