Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resdung Kronik dan 4 Komplikasi

Resdung kronik adalah masalah yang boleh menyebabkan gangguan tidur, masalah telinga, lelah, masalah sosial, jangkitan sinus dan keracunan makanan. Mereka yang mengalami resdung memang hidung akan tersumbat dan ini mengganggu kualiti tidur. Pesakit juga boleh berdengkur dan lebih berisiko untuk mendapat obstructive sleep apnea.

Obstructive sleep apnea berlaku apabila pesakit berhenti bernafas seketika semasa tidur dan boleh menyebabkan masalah darah tinggi, penyakit jantung dan angin ahmar.

Isi Kandungan

4 komplikasi resdung kronik

Itulah antara komplikasi yang boleh wujud jika mengalami resdung. Antara lain risikonya adalah menyebabkan berlakunya masalah seperti berikut:

resdung kronik
Resdung Kronik dan 4 Komplikasi 4
  1. Meningitis – Jangkitan dari sinus akan merebak ke selaput yang meliputi otak.
  2. Masalah penglihatan – Jangkitan merebak ke soket mata boleh menyebabkan gangguan penglihatan dan buta bagi kes yang teruk.
  3. Bekuan darah – Jangkitan ke salur vena berdekatan dengan sinus boleh menyebabkan cavernous sinus thrombosis yang mungkin membawa maut.
  4. Cellulitis – Penyebaran jangkitan bakteria ke kulit kawasan muka.

Seperti sakit lain, resdung ini juga perlu kepada pemerhatian dan rawatan dari doktor. Justeru, jika terdapat tanda atau gejala seperti yang dinyatakan, pastikan dapat nasihat dengan segera. Adapun begitu, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan gejala resdung yang menyerang. Antaranya adalah seperti;

  1. Rehat yang cukup
  2. Bernafas dalam wap panas dari semangkuk air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
  3. Akupuntur – Akupuntur selalunya dilakukan untuk merawat kesakitan. Namun, kaedah tradisional ini lebih popular dan menjadi pilihan ramai sebagai rawatan resdung di rumah dan banyak lagi penyakit lain.
  4. Pastikan persekitaran rumah bersih dari kuman dan habuk
  5. Makan ubat penahan sakit ( panadol)

Jenis-jenis ubatan resdung

Bagi mengelakkan resdung kronik, ini antara ubat-ubatan yang boleh diambil jika ada resdung. Apa-apaun ubat-ubatan ini juga perlu disarankan oleh pegawai perubatan yang bertauliah ya.

  • Ubat Antihistamine

Ubat ini berfungsi untuk melawan kesan histamin yang menyebabkan simptom resdung.

Loratadine atau Cetirizine merupakan antara ubat antihistamin yang popular di pasaran. Juga boleh berfungsi sebagai ubat selsema, lebih sesuai dimakan pada waktu malam kerana boleh menyebabkan mengantuk.

ketuban kronik
Resdung Kronik dan 4 Komplikasi 5
  • Ubat Spray Hidung Steroid

Sekiranya ubat antihistamin tidak memberi kesan yang ketara, doktor mungkin akan mengesyorkan penggunaan ubat spray hidung steroid.

Ia perlu digunakan pada jangka masa yang agak lama bagi mengurangkan keradangan dalam hidung.

  • Paracetamol

Ubat tahan sakit boleh digunakan untuk mengurangkan sakit kepala yang berlaku akibat resdung.

  • Antibiotik

Doktor akan mengesyorkan pengambilan antibiotik sekiranya pesakit disyaki mengalami resdung akibat jangkitan bakteria atau resdung berada pada tahap kronik.

Untuk memastikan ubat resdung yang digunakan benar-benar berkesan, anda perlulah elakkan daripada bahan pencetus (trigger) kepada alahan atau resdung yang dialami. Paling penting juga, dapatkan nasihat dari doktor jika penyakit itu dilihat berlarutan dan semakin memburukkan kesihatan.

resdung kronik
Resdung Kronik dan 4 Komplikasi 6

Penutup

Apa-apapun penyakit, mestilah ia bermula dengan simptom biasa terlebih dahulu sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Begitu juga dengan resdung, ia kadang tidak diambil berat sesetengah orang dengan menganggap ia sekadar resdung. Tapi bila dah jadi resdung kronik, mungkin agak terlambat sedikit untuk dipulihkan, namun ia bukan mustahil. Justeru, kepada semua penghidap penyakit resdung kronik, diharap dapat teruskan rawatan hingga pulih kelak.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More