Resepi Air Hutan, Mudah Untuk Disediakan & Sangat Menyegarkan
Resepi Air Hutan ini sangat mudah untuk disediakan. Kalau cuaca terik, kebiasaanya kita mesti akan mencari minuman yang menyegarkan untuk melegakan badan, dengan harapan dapat menghilangkan rasa dahaga.
Pilihan air yang selalu kita pilih semestinya air buah, air bergas dan air yang mengandungi bahan-bahan segar seperti daun pudina. Selalunya, air tersebut boleh didapati di pasar malam, tepi jalan atau gerai-gerai makanan yang berdekatan dengan rumah.
Sebenarnya, air yang menyegarkan itu boleh dibuat di rumah sendiri sekiranya kita tahu cara untuk membuatnya. Bahan yang digunakan juga tidaklah sukar untuk didapati, hanya perlu mempunyai sifat rajin sahaja untuk membuat air tersebut.
Resepi Air Hutan
Menerusi perkongsian yang telah dibuat oleh Nasi Briyani Kukus Padu di Facebooknya baru-baru ini, ia telah berkongsikan satu resepi yang menarik untuk pengikut-pengikutnya iaitu Resepi Air Hutan dengan menunjukkan cara membuat air tersebut yang hanyalah semudah ABC tetapi sangat sedap.
Ujarnya, air tersebut sering dibuat oleh isterinya dan disebabkan ia sangat sedap untuk dinikmati, apatah lagi pada musim cuaca panas sekarang, dia telah membuat keputusan untuk berkongsi resipi tersebut kepada umum.
Air tersebut diberi nama Air Hutan disebabkan bahan-bahannya merupakan tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam masakan. Jadi, jom ikuti perkongsian Resepi Air Hutan tersebut, mana tahu selepas ini anda tertarik untuk mencubanya juga.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah
- 3 Paket Ais
- 3 Botol Air soda F&N
- Daun pudina
- Serai
- 3 Tin Laici
- Sari kelapa (Nata De Coco)
- Lemon
Cara-cara penyediaannya pula adalah
- Pertama sekali, anda perlu sediakan balang air untuk membuat air hutan tersebut.
- Kemudian, isikan balang itu dengan ais. Ikut sukatan sendiri. Sekiranya menggunakan balang seperti dalam video, boleh masukkan dua atau tiga paket ais.
- Seterusnya, masukkan air soda F&N kesemua ketiga-tiga botol, daun pudina, asam boi, serai yang telah diketuk dan masukkan laici.
- Kemudian, masukkan sari kelapa (Nata De Coco), lemon dan kacau sebati.
- Air Hutan siap untuk dihidang.
Untuk Resepi Air Hutan ini, anda tidak perlu meletakkan gula, anda hanya perlu masukkan bahan yang disediakan dan diperlukan di atas sahaja.
Credit Sumber: Nasi Briyani Kukus Padu
Selain minuman Air Hutan ini dibuat untuk minum sendiri di rumah, anda juga boleh jadikan air ini sebagai jualan kecil-kecilan. Modal yang diperlukan tidak lah tinggi dan bahan-bahannya juga mudah didapati di kedai-kedai berdekatan.
Diharapkan semoga perkongsian tentang Resepi Air Hutan ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi menarik dan berlainan untuk menambahkan koleksi makanan dan minuman harian anda.
Seterusnya selain Resepi Air Hutan ini, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda.
Selamat Mencuba!