Resepi Biskut Coklat Chip Viral
Resepi Biskut Coklat Chip yang sangat mudah dan pantas ini telah terbukti rangup, manis dan penuh rasa coklat, lazimnya digemari pelbagai peringkat usia. Cara adunan, bahan bertepatan mengikut sukatan dan cara memasak menjadikannya lebih rangup setanding di kedai roti. Biskut macam ni bukan saja Hari Raya yang laku, hari biasa pun best makan di rumah. Siapa yang minat sangat dengan biskut ni, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah.
Kalau ikut resepi Nurul Shafira ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.
Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.
Isi Kandungan
RESEPI BISKUT COKLAT CHIP ALA FAMOUS AMOS
1. Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.
- 250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
- 1 1/4 cawan brown sugar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
2. Tambahkan Bahan B
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
- *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
3. Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
4. Sedia Dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
5. Masukkan Dalam Oven
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
SIAP!
Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.
Bila dah masak, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.
Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!
Selamat mencuba.
kredit : Nurul shafira
ARTIKEL BERKAITAN
7 BANTUAN KERAJAAN YANG RAMAI TIDAK TAHU
✔️ Bantuan RM100 Bakul Makanan JKM
✔️ BPR 2021
✔️ Bantuan Laptop & Internet Untuk B40
✔️ Bantuan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2021
✔️ Bantuan Awal Persekolahan 2021