Resepi Butter Chicken Mudah & Sedap, Anak-Anak Pasti Suka!

Berikut admin akan kongsikan Resepi Butter Chicken yang pasti menarik dimata anak-anak dan boleh dicuba kerana ianya hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.
Isi Kandungan
Resepi Butter Chicken
Resepi Butter Chicken dihasilkan daripada ketulan isi ayam yang diperap dengan salutan tepung berempah, digoreng sampai garing di luar dan lembut di dalam, ditambah pula dengan kuah butter bersusu yang berlemak dan sedikit pedas-pedas manja ini adalah versi daripada Che Nom.

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.
Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat Butter Chicken ini terbahagi kepada 2 bahagian seperti berikut:
Bahan Untuk Ayam Goreng | – 2 Keping Dada Ayam, Dihiris Kecil – 3 Sudu Besar Tepung Gandun – 1 Sudu Kecil Tepung Jagung – 1/2 Sudu Besar Serbuk Kari – 1/2 Sudu Kecil Lada Sulah – 1/2 Sudu Kecil Lada Hitam – 1 Biji Telur – Secubit Garam – Sedikit Air |
Bahan Untuk Kuah Butter | – 60g atau 4 Sudu Besar Mentega – 1/2 Biji Bawang Holland atau Bawang Besar – 3 Ulas Bawang Putih – 4 Biji Cili Api Merah dan Hijau – 1 Tangkai Daun Kari – 1 Tin atau 400ml Susu Cair atau Susu Full Cream – 1 Keping Keju Cheddar – Sedikit Garam |
Cara Penyediaan
Pertama sekali, kita perlu menggoreng ayam terlebih dahulu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Potong isi ayam kepada ketulan kecil.
- Gaul isi ayam dengan tepung gandum, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam, serbuk kari, telur, tepung jagung dan sedikit air (adunan perlu pekat). Gaul sehingga isi ayam bersalut sebati.
- Perap selama setengah jam (pilihan).
- Panaskan minyak dan goreng ayam.
- Kerap balik-balikkan ayam.
- Angkat dan toskan minyak.
- Goreng daun kari (untuk hiasan) sampai garing. Angkat dan toskan minyak.
- Ketepikan.
Kemudian, barulah kita akan membuat kuah Butter Chicken seperti langkah-langkah berikut:
- Potong dadu bawang holland. Cincang halus bawang putih. Hiris halus cili padi.
- Guna kuali yang sama dengan goreng ayam tadi, tinggalkan anggaran 1 sudu besar minyak masak dan tambahkan mentega.
- Masukkan bawang holland dan daun kari. Kacau sampai bawang layu.
- Masukkan bawang putih dan cili padi. Kacau sampai bawang putih garing.
- Masukkan cili padi, susu cair, garam dan kepinggan keju (pilihan) dan masak sehingga keju cair.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sampai ayam bersalut sebati.
- Masak kuah sampai mendidih untuk pekatkan sedikit kuah.
- Hidang bersama taburan daun kari dan hirisan cili padi. Sedia untuk dimakan bersama nasi putih panas-panas.
Tips Rahsia Daripada Che Nom
Untuk dapatkan Butter Chicken yang sedap dan tidak terasa hangit, semasa menumis bawang masuk bawang putih kemudian sedikit kerana bawang putih cepat hangit dan seeloknya ayam goreng dimasukkan semasa hendak dihidang atau sudah sedia untuk makan.
Resepi Butter Chicken ini sangat sesuai untuk semua orang tidak kira dimana pun anda berada.
Selain Butter Chicken, Resepi Sardin yang mudah dan sedap juga boleh dicuba dirumah, pasti anak-anak juga suka!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!