Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RESEPI CHEESECAKE HANYA GUNA 3 BAHAN

RESEPI CHEESECAKE! Kek memang jadi kegemaran semua peringkat umur. Namun kos kek yang bukan sedikit memaksa kita untuk memilih kek yang sederhana kosnya untuk disajikan kepada tetamu.

Tapi dengan kek tiga bahan ni masalah kos boleh diselesaikan dengan mudah, malah anda dapat sajikan kek yang istimewa lagi sedap kepada tetamu dengan mudah. Nak buatnya pun cukup senang.

Kini, dah macam-macam resipi yang dikongsikan dan diolah mengikut citarasa rakyat Malaysia. Dah ramai yang boleh buat cheese cake yang sedap dan menjilat jari di rumah. Lebih jimat dan berbaloi, lebih-lebih lagi kalau nak makan ramai-ramai.

Isi Kandungan

RESEPI CHEESECAKE

Dalam perkongsian kali ini, kami tampilkan resepi olahan Nurul Ain Ridzwan. Menariknya, resepi ini hanya dengan menggunakan 3 bahan saja. Langkahnya pun senang. Jom ikuti selengkapnya.

 

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

 

BAHAN-BAHAN

  • 120g Tatura Cream Cheese
  • 120g Susu Pekat Manis
  • 3 Biji telur gred B

*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

RESEPI CHEESECAKE HANYA GUNA 3 BAHAN 1
RESEPI CHEESECAKE

CARA-CARA

Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.

1. Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat

Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya.

Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.

2. Asingkan Telur Putih & Pukul

Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning.

Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).

3. Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese

Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.

RESEPI CHEESECAKE HANYA GUNA 3 BAHAN 2
RESEPI CHEESECAKE

4. Campurkan Semua Bahan

Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.

5. Tuang Dalam Loyang

Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

RESEPI CHEESECAKE HANYA GUNA 3 BAHAN 3
RESEPI CHEESECAKE

6. Bakar

Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah).

Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.

RESEPI CHEESECAKE HANYA GUNA 3 BAHAN 4

Cara bakar secara ‘waterbath’. / Foto Kredit: afamilyfeast.com

Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.

Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.

Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.

RESEPI CHEESECAKE HANYA GUNA 3 BAHAN 5

7. Sejukkan

Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.

8. Topping 

Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.

RESEPI CHEESECAKE HANYA GUNA 3 BAHAN 6

Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.

RESEPI CHEESECAKE HANYA GUNA 3 BAHAN 7

MEMANG GEBU & LEMBUT!

Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!

Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?

Selamat mencuba.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More