RESEPI CHICKEN POT PIE YANG MARVELOUS
Dikongsikan resepi Chicken Pot Pie, perkongsian dari laman facebook MAHN untuk dicuba.
Sangat sesuai disediakan untuk seisi sekeluarga. Boleh dihidangkan untuk minum petang atau makan malam.
Isi Kandungan
CHICKEN POT PIE
Kredit resepi : Lina Thomas
via group Mahn
Resepi Doh Pie
Bahan-bahan :-
- 280g tepung gandum
- 115g butter
- 2 telur
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar air ais
Cara-cara :-
1. Dalam mixer masukan tepung, butter, telur dan garam, putar sebati
2. Masukan air ais, putar lagi.
3. Keluarkan doh dari mixer, bungkus dalam cling wrap dan simpan dalam chiller lebih kurang 15 – 20 minit.
Resepi Chicken Pot Pie
Bahan-bahan :-
- 2 cawan mixed frozen vegetables
- 1 biji bawang besar dipotong dadu
- 4 sudu besar mentega
- 2 cawan isi ayam (dipotong dadu)
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan stok ayam
- 1 kiub ayam knorr
- 1 cawan heavy whipping cream
- 1 sudu kecil thyme kering
- lada hitam dan garam secukup rasa
Cara-cara :-
- Cairkan butter di dalam periuk
- Tumis bawang dan mixed vegetables
- Tumis beberapa minit hingga bawang dan mixed vegetables masak
- Masukkan ayam dan kacau sebati
- Kemudian, taburkan pula tepung secara rata dan kacau sebati
- Biarkan selama beberapa minit sehingga masak dan kacau lagi
- Tuangkan stok ayam dan kiub ayam kacau lagi sehingga sebati
- Masukkan heavy whipping cream dan kacau
- Biarkan campuran masak sampai pekat, masukkan thyme, garam dan serbuk lada hitam. Siap.
10. Tuangkan campuran ayam ke dalam pinggan pai atau mangkuk casserole kecil
11. Atas meja tabur sedikit tepung roll out doh pai supaya ia lebih besar 1 inci dari pinggan pie
12. Letakkan doh pie di atas campuran ayam.
13. Tekan doh pie dengan perlahan ke bahagian pinggan, potong 3 slits, sapu dengan telur, tabur sedikit thyme.
14. Laraskan suhu oven 180c dan bakar selama 40 minit atau sehingga berwarna perang keemasan
15. Sejuk selama 10 minit dan boleh di hidang kan.
sumber : MAHN