RESEPI CREAMPUFF GEBU
Creampuff atau nama lainnya adalah Choux Pastry yang diisi dengan whipped cream, krim, krim kastad, krim coklat, dan pelbagai lagi. Filling atau isiannya sesuai dengan selera masyarakat setempat, jangan heran jika menemukan Cream Puff Green Tea di Jepun. Cream Puff sebetulnya termasuk makanan penutup atau dessert, namun versi savourynya juga ada. Choux Pastry juga boleh diisi krim daging cincang, krim keju, dan juga krim telur.
Mari lihat pula resepi creampuff yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia ini.
Bahan Kulit Creampuff :
300 gram air
100 gram majerin
150 gram tepung gandum
5 biji telur Gred C
Cara Buat Kulit Creampuff :
1:Didihkan air dan majerin sehingga meniddih.Bila mendidih, kecilkan api dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga tepung gandum bertukar pada kanji atau jernih dan tidak melekat pada kuali. Anda kacau hingga adunan berbentuk seperti bola,dah siap la tu.
Tutup api dan biarkan sejuk sekitar 30 minit. Barulah masukkan ke dalam mixer dan tambahkan telur. Kacau hingga adunan berkilat dan tidak terlalu cair dan tak pekat. Sedang-sedang orang cakap.
2: Masukkan adunan creampuff ke dalam plastik piping dan paipkan ke atas dulang yang telah digris dengan marjerin. Pastikan juga oven telah dipanaskan sekitar 10 minit pada suhu 240’C.
Piping membulat ke atas dulang dan barulah dibakar pada suhu 200-230’C mengikut oven anda selama 25 minit atau sehingga buih pada adunan creampuff telah hilang sepenuhnya.
Dah masak keluarkan dan sejukkan. Inti creampuff dibuat sehari awal ya.
Kalau anda nak makan creampuff yang intinya sangat sedap, boleh cuba resipi creampuff aiskrim ini. Memang berbaloi untuk dicuba. Sedap sangat rasa intinya.
Bahan Inti Aiskrim Crempuff :
400 gram susu full krim
100 gram gula
50 gram tepung kastard
2 biji telur ayam gred C
300 gram non dairy whipping krim – putar hingga sederhana kental/medium peak
Cara Buat Inti Aiskrim Resipi Creampuff Best :
1: Didihkan susu di atas api sederhana kuat. Sambil itu dalam bekas lain, satukan tepung kastard dan gula serta telur. Kacau rata.
Ambil 5 senduk susu yang sedang di didihkan atas api, masukkan ke dalam bekas. Gaul lagi bagi rata. Setelah susu mendidih kecil dan keluarkan wap, masukkan adunan telur,tepung dan susu tadi. Sentiasa kacau hingga jadi kental dan berkilat.
Ini rahsia untuk jadikan inti anda sedap dan tidak hangus serta tidak berketul. Sentiasa kacau ya. Dah nampak berkilat jernih cantik, tutup api.
2: Terus ambil plastik wrap dan letakkan atas permukaan periuk tepung kastad. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian masuk di bahagian peti sejuk biasa. Bukan tempat freezer. Sejukkan semalaman.
Pagi esoknya dah boleh keluarkan dari peti. Pukul guna mixer utk haluskan inti kastard aiskrim.Ketepikan.
Pukul pula non dairy whipping krim dalam bekas lain sehingga sederhana kental. Nak guna baru pukul whipping krim ini ya.Kemudian campurkan keduanya dan teruskan mixer hingga adunan menjadi kental atau stiff peak.Barulah masukkan ke dalam piping bag dan simpan lagi 2-3 jam dalam peti.
Barulah siap untuk digunakan. Belah creampuff dan piping masuk inti aiskrim kastard ini. Barulah taburkan dusting sugar.
Kalau anda nak makan crempuff yang intinya sangat sedap, boleh cuba resipi creampuff aiskrim ini. Memang berbaloi untuk dicuba. Sedap sangat rasa intinya
Dah siap dah resipi creampuff gebu yang sangat sedap intinya macam aiskrim ini. Selamat mencuba.