Resepi Cucur Badak Sedap Sangat, Rasanya 2 In 1 Pedas Dan Manis
Resepi Cucur Badak Sedap Sangat ini sangat mudah untuk disediakan. Kuihnya yang sedap, makan pula panas-panas sambil mengambil angin petang fuhhh memang nikmat sangat!
Kali ni admin nak kongsikan satu resepi menarik daripada seorang tukang masak terkenal Malaysia yang mendapat ratusan ‘share’ dari orang ramai.
Admin tahu pasti ibu-ibu di rumah agak kekeringan idea mahu buat makanan atau kuih apa untuk minum petang dengan keluarga apatah lagi pada hujung minngu kan? Jadi, jangan risau, admin akan sentiasa kongsikan resepi-resepi menarik untuk semua yang tengah mencari dan ingin mencuba.
Isi Kandungan
Resepi Cucur Badak Sedap Sangat
Hari ini admin nak kongsikan satu resepi best daripada seorang ‘Mak online‘ yang suka mengajar masak di YouTube. Anda tahu tak resepi daripada siapa? Rakyat Malaysia takkan tak kenal siapa tukang masak terkenal yang admin maksud kan ni?
Resepi Cucur Badak Sedap Sangat ini adalah ilham dan perkongsian resepi daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.
Bahan-Bahan Untuk Buat Cucur Badak Sedap Sangat
Bahan-bahannya terbahagi kepada 2 iaitu bahan utama dan bahan untuk di giling.
- Bahan-bahan utama adalah:
- 1 kilogram keledek (di lecek)
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 biji kelapa parut
- Bahan untuk di giling pula adalah:
- 10 biji cili kering
- 3 sudu besar udang kering
- 8 ulas bawang merah
- 3 batang serai
- 1/2 sudu teh ketumbar
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1 inci halia
- 1 inci kuncit
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan Cucur Badak Sedap Sangat
Cara-cara untuk menghasilkan Cucur Badak ini adalah seperti langkah berikut:
- Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya.
- Masukkan kelapa parut dan sedikit air.
- Bila dah kering angkat dan sejukkan.
- Gaulkan ubi keledek dengan tepung gandum hingga sebati, kemudian bentukkan bulat-bulat mengikut kesesuaian dan kehendak.
- Isikan intinya dan dibulatkan semula.
- Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
Resepi Cucur Badak Sedap Sangat mudah ini sangat sesuai untuk juadah minum petang bersama ahli keluarga dan antara juadah yang agak popular dikalangan masyarakat melayu.
Pastikan anda menggunakan kelapa yang segar bagi mendapatkan cucur badak yang sedap.
Credit Sumber: Che Nom
Jika anda mahu Cucur Badak anda sedap dan ada rasa-rasa pedas manis , anda perlu cuba resepi daripada Che Nom ni tau! Admin dah try, jadi anda bila lagi!
Diharapkan semoga perkongsian tentang Resepi Cucur Badak Sedap Sangat ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi untuk membuat juadah minum petang atau juadah untuk jualan kecil-kecilan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!