Resepi Cucur Roti untuk anak-anak yang Marvelous
Roti yang tidak dimakan jangan dibuang, mungkin roti kosong anak-anak tidak minat untuk makan. Apa kata kita cuba buat cucur roti ini,anak yang tidak makan sayur pun tidak akan perasan ada sayur dalam cucur roti ini. Bukan menjadi kegemaran anak-anak sahaja, ibu bapa pun minat makan cucur ini. Jom lihat perkongsian ini :
Terima kasih pada yang share resipi ni. Selalu saya terpaksa buang lebihan roti kalau dah expired. Sayang sangat. Nak buat puding roti, anak-anak tak suka. Saya pernah buat tapi tak dimakan. Padahal saya rasa sedap habis dah dengan taburan choc chips, tapi dorang tak suka. Buat puding roti karamel pun, cuma saya jelah yang terpaksa makan. Buat karipap roti, tak rajin pulak buat inti huhu. Bila tahu resipi boleh buat cucur ni, syukur sangat. Taklah membazir roti. Saya buat tadi untuk bekal Zil ke sekolah. Resipi ada kat gambar last.
Cucur Roti
Bulatkan, lebih senang nak goreng sebab ia cepat masak. Tak macam cucur biasa.
Gorenglah cara camne pun asalkan masak
Goreng kejap je rupanya, saya tak tahu, tergelap sikit warnanya.
Siap sudah!
Selamat mencuba!
Kredit : Zuraita Mohd Anua