Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RESEPI DAGING / AYAM BAKAR DANOK YANG MARVELOUS

Daging  Bakar Danok merupakan daging bakar yang dimakan bersama sos istimewa.  Apa yang uniknya pada daging bakar Danok ini adalah, cara perapannya berbeza daripada daging bakar biasa.

Bagi peminat masakan ayam atau daging, anda mesti ingin mencuba resepi yang dikongsikan di laman facebook MAHN ini.

Isi Kandungan

RESEPI DAGING / AYAM BAKAR DANOK

Dicuba oleh : Cik Puan Julieta via group MAHN

Biasa org buat Daging Bakar Danok tetapi anak-anak saya suka ayam.  Sos dia yang menjadi pembangkit selera dan sedap.  Saya suka rasa beras yg di goreng, juga rasa pedas-pedas dan manis.

AYAM BAKAR DANOK
AYAM BAKAR DANOK

 

Resepi Daging @ Ayam Bakar Danok

Bahan perapan :-

  • Daging sekilo (potong besar tebal 2@3cm) / atau ayam seekor
  • 1 sk sos ikan
  • 2 sb Sos Tiram
  • 2@3 sb brown sugar
  • Sekeping gula melaka
  • 1 sk lada hitam
  • Sedikit minyak
  • Serbuk cukup rasa 1@2 sudu

 

Bahan sos :-

  • Akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 1sb beras(sangai dulu & tumbuk)
  • 1@2 ulas bwg putih
  • 1@2 sk sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sk brown sugar
  • 1/2 keping gula melaka(tumbuk sampai hancur dan campurkan sedikit air)
  • Chili flakes
  • 1 sk sos cili
  • 1 sk sos tiram
  • 1 Bawang besar (hiris nipis)

 

Cara-cara :-

  1. Tumbuk akar daun ketumbar & bawang putih sehingga lumat
  2. Masukkan sos ikan, gula melaka, brown sugar, beras yg disangai, perahan limau nipis
  3. Masukkan sos cili, sos tiram(ditambah untuk pekatkan sos)
  4. Masukkan daun ketumbar yg dipotong,
  5. Masukkan sedikit chili flakes (kalau suka pedas boleh tambah)
  6. Masukkan bawang besar yg dipotong tadi
  7. kalau tawar juga, sila tambah garam sikit.

 

# daging tu saya bakar guna pemanggang ajaib sahaja dalam 20 hingga 30 minit dan bergantung juga pada tahap air yg keluar dari perapan masing-masing.. buka api perlahan

# untuk daging cepat lembut bila hendak di masak, anda perap ia semalaman & hiris halia keping, perap sekali bersama daging.

RESEPI DAGING / AYAM BAKAR DANOK YANG MARVELOUS 1

 

Kredit Resepi : Diaz Yushazlina

Photo by : Cik Puan Julieta

sumber : MAHN

 
 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More