Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Green Thai Curry Atau Lebih Dikenali Kari Hijau Thai

Resepi Green Thai Curry sangat digemari oleh peminat masakan thai, sudah tentu anda ingin mengetahui cara-cara untuk memasaknya. Jadi mari kita lihat apakah yang diperlukan untuk masakan ini.

Oh ya, sebelum ini bagi anda yang masih lagi belum mencubanya, walaupun ia dikenali dengan nama kari, ia bukanlah seperti kari yang biasa anda makan. Pastinya ia amatlah berbeza dan rasanya sangat unik.

Resepi Green Thai Curry / Kari Hijau Thai

Untuk mengetahui bagaimana cara masakannya, jom kita lihat perkongsian dari Encik Faisal Ramli.

Isi Kandungan

Resepi Green Thai Curry / Kari Hijau Thai

PES KARI HIJAU
Cabai Melaka (Cili Padi Hijau) 20 pcs
Bawang Merah 2 ulas
Lengkuas 1 inci
Serai 3 batang
Daun Limau Purut 15 helai
Kulit Limau Purut 1 biji
Belacan 1 inci (Bakar dulu)
Akar Pokok Ketumbar 3 pcs
Jintan Manis 1 sudu (sangai)
Biji Ketumbar 1 sudu (sangai)

Hiris semua bagi haluih. Lepas tu, buh dalam lesung dan start tumbuk sampai lumat. Mula tumbuk dari bahan keras ke lembut. Nak make sure lumat padu, tumbuk time bebai ng laki hangpa bila depa ralit main PUBG tak mau tolong uruskan rumah. Jangan p lumuq cabai kat laki hangpa dah la. Dosa derhaka tanggung sendiri.

RESEPI AYAM KARI HIJAU THAI

1/2 KG Ayam (potong ikut dan)
1 kiub pati ayam (xdak pun xpa)
1/2 L Santan
1/2 L Air
1 biji Terung (potong ikut dan)
5 helai Daun Limau Purut
5 helai Daun Selasih (xdak pun xpa)
2 biji Cabai Hidup (Cili Merah – Hiris)
1 sudu Gula
Garam bagi cukup rasa

Cara Masak Resepi Green Thai Curry / Kari Hijau Thai

1. Buh ayaq masuk dalam periuk. Gamak dah mengelegak tu, buh ayam. Kalau nak kuah nampak lawa, kaut keledak ayam hat timbui kut ataih.
2. Buh dalam 4 sudu pes Kari Hijau hat hangpa tumbuk tadi & daun limau purut. Biaq sampai rempah masak matang.
3. Buh santan & terung, slow api. Biaq mereneh. Gamak dah lembut terung tu, buh daun selasih & cabai hidup. Nak lagi lawa, reneh sampai pecah minyak.
4. Perasa ikut sedap hangpa.

RESEPI GREEN THAI CURRY
RESEPI GREEN THAI CURRY

TIPS :

Pes boleh buat lebih dan di simpan dalam peti sejuk untuk mudah digunakan apabila diperlukan nanti. Okay, sampai setakat ini sahaja. Mana yang terlebih terkurang, abang minta maaf. Nak share silakan. Nak makan yang abang masak, PM cik kak minta kebenaran. Tak pasai abang mendapat penyakit nanti.

Kredit Resepi : Faisal Ramli‎ di facebook FB Food Makan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More