Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Jjajangmyeon (Blackbean Noodles)

Siapa peminat makanan Korea?  Jjajangmyeon atau nama orang putihnya  Blackbean Noodles. Sos blackbean (seakan sama ya, yang asli kena guna blackbean original punya)kita buat sendiri dengan menggunakan taucu. Resepi ini adalah hasil perkongsian oleh Zurina Zulkefli  di Page Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Jajangmyeon (자장면; 짜장면; jjajangmyeon), Masakan Cina Korea, merupakan hidangan mi ditambah dengan sos pekat diperbuat daripada chunjang (pes kacang soya hitam masin apabila tidak dipanaskan), daging non halal dan sayuran dipotong dadu, dan adakalanya juga makanan lautJajang (juga dieja jjajang), nama sos apabila dipanaskan, adalah sebutan Korea bagi aksara Cina , yang bermaksud “sos digoreng.” Myeon (juga dieja myun) bermaksud “mi”, yang diwakili oleh aksara Cina.

Sumber : Wikipedia

Walaupun dalam resepi asli Jjajangmyeon ini mengandungi bahan non-halal, tapi kita masih ubah mengikut kesesuaian untuk orang muslim makan. Tak perlulah nak 100% rasa sebenar Jjajangmyeon.

Apa rasa Jjajangmyeon ni? Rasanya bukan macam mee hailam, bukan macam mee goreng basah dan bukan macam kuah yee mee. Rasanya slurrpp yang ada bau ala-ala kacang (bukan kuah kacang sate okay), rasa masin-masin manis hujung tu rasa hangus-hangus sikit, macam dibakar. So resepi nya mudah je. Sila baca:(kata Zurina pada perkongsiannya)

Jjajangmyeon

Bahan kuah ala Blackbean Jjajangmyeon :

  1.  Mula2 buat caramel pekat daripada 3 sudu gula putih untuk kita dapatkan rasa pahit2 hangus.
  2. Kemudian 3 sudu besar taucu ditumbuk hancur untuk dijadikan pes.
  3. Sediakan satu mangkuk besar berisi air setengah cawan, masukkan 1 sudu besar tepung gandum, pes taucu yg ditumbuk td, kicap lemak manis lagi banyak lagi bagus dan akhir sekali caramel. Kacau sehingga sebati.
  4. Masakkan kuah campuran tersebut di dalam kuali dan kacau sehingga kuah menjadi likat seakan2 dodol.
  5. Setelah itu, tuang dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.
  6. Cara memasak Jjajangmyeon:
  7. Sediakan daging ayam, timun, kentang, dan bawanh holland. Semua bahan dipotong dadu.
  8. Tumiskan kesemua bahan dengan sedikit minyak masak. Kacau sehingga masak.
  9. Kemudian masukkan 3 sudu pes blackbean ke dalam masakan, kacau sehingga rata.
  10. Tuang sedikit air untuk menjadi kuah dan campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  11. Boleh isi sedikit garam, kicap pekat, dan sedikit serbuk lada hitam untuk citarasa.
  12. Mee pula saya gunakan jenis mee lidi yg perlu direbus dahulu kemudian ditoskan. Anda boleh gunakan mee kuning biasa terutama Numee.
  13. Masukkan mee ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atas nya dihiasi dengan hirisan timun.
  14. Sedia dimakan. Jangan lupa kacau dahulu meenya baru ngapp.

Kredit untuk Resepi dan Gambar : Facebook Zurina Zulkefli 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More