Resepi Kek Batik Lembut Special yang Mudah dan Sangat Sedap
Terdapat pelbagai resepi kek batik yang dikongsikan di sosial media. Satu resepi yang menarik perhatian untuk dikongsikan di sini adalah resepi kek batik lembut istimewa yang mudah dan sangat sedap dari FB Puan Nuralfilail atau lebih di kenali sebagai Cikgu Afy AL Habibi
Lebih menarik lagi, dari resepi kek batik asas ini, ia juga boleh divariasikan mengikut selera anda menjadi kek lain pula contohnya kek batik cheese, kek batik oreo dan nutella. Memang sangat menambat selera.
Isi Kandungan
Bahan-bahan Kek Batik
- 25 keping biskut Marie mana-mana jenama . Tapi nak sedap pilih seperti dalam pic ni jenama Morris
- 3/4 susu tin pekat manis
- 5 sudu besar milo
- 1 sudu besar serbuk koko. Nak best guna brand van houten
- 200 gram buttercup
- loyang 4 segi saiz 7-8 ya.
- plastik pembungkus nasi
CARA-CARA PENYEDIAAN
#1: Panaskan kuali. Masukkan 200 gram buttercup. Guna api perlahan je. Bila butter mula mencair, masukkan 3/4 susu pekat. Kacau rata adunan.
TIPS : elakkan bahan adunan hangit, guna api kecil sahaja dan non stick pan ya.
#2: Seterusnya , masukkan 5 sudu besar milo dan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau rata sehingga adunan menjadi sedikit likat berkilat.
#3: Tutup api . Tak sampai 10 minit je proses ini semua. Boleh mula patah-patahkan biskut Marie Gaul rata. Hancurkan sedikit dengan senduk kayu untuk dapatkan tekstur seperti dalam gambar. Sediakan loyang dan plastik .
#4: Masukkan lapisan pertama. Kemaskan adunan di segenap ruang loyang. Gunakan lebihan plastik tu untuk menekan adunan. Ulang langkah yang sama sehingga adunan habis.Tekan kuat sikit supaya adunan kek batik menjadi padat dan kemas.
#5: Dah siap tekan, boleh tambah toping kesukaan anda jika mahu.Nak letak nutella, oreo atau cream cheese, terpulang ya.Tutup adunan tadi dengan plastik dan sejukkan 3-6 jam atau semalaman dalam petui sejuk.
#6: Keluarkan kek dan potong dengan pisau yang tajam. Mula-mula potong memanjang setebal 1 1/2 inci setiap lajur. Potong lagi jadi empat segi membentuk blok kecil. Siap. Best tau resepi ni. Selamat mencuba.
Nampak sangat menyelerakan bukan. Dengan bahan yang sangat mudah untuk di dapati, dapat menghasilkan kek batik yang sangat menyelerakan ini.
Anda juga boleh membuat aktiviti ini bersama anak-anak semasa musim cuti sekolah kerana PKPB ini. Anak-anak pasti mengemarinya.