Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Kek Ogura Unicorn Fluffy

Resepi Kek Ogura! Sepanjang PKP ni, pasti ramai kaum ibu, kakak-kakak, makcik-makcik atau abang-abang yang banyak masa untuk mencuba pelbagai resepi dari internet kan. Ini lagi Bukan Ramadhan akan bermula tidak sampai sehari saja lagi.

Penulis amat tertarik dengan warna Kek Ogura Unicorn Fluffy ni. Pertama kali dengar nama kek ni. Unik. Coraknya pun unik. Penulis dapat dari hasil rakan-rakan yang berkongsi resepi ini di facebook. Resepi asal ini adalah dari Facebook Farisya Sofea.

Jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara-cara membuat Kek Ogura Unicorn Fluffy  yang sangat unik ini. Selamat mencuba.

Resepi Kek Ogura
Resepi Kek Ogura

Isi Kandungan

Bahan Bahan Resepi Kek Ogura Unicorn Fluffy

Bahan A :
5 biji kuning telur gred A
1 biji telur gred A
1/4 sk garam halus
95g santan pekat
70g minyak jagung
70g tepung kek ( diayak )
Bahan B :
5 biji putih telur gred A
70g gula kastor
1/4 sk jus lemon / cuka masakan
Resepi Kek Ogura Unicorn Fluffy 1
Resepi Kek Ogura
pewarna pilihan
 

Cara-Cara Membuat Kek Ogura Unicorn Fluffy:

1. Pukul ringan kuning telur dan sebiji telur . Masukkan garam , santan dan minyak jagung dan kacau rata .
2. Masukkan pula tepung , kacau sebati . Kemudian tapis dan ketepikan .
3. Pukul pula putih telur hingga berbuih . Masukkan jus lemon dan gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga adunan menjadi kembang dan bertanduk ( soft peak ).
4. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam Bahan A sambil dikaup balik hingga adunan menjadi sebati .
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan .
6. Lapikkan loyang 7″ / 8″ dengan baking paper . Loyang tidak perlu digriskan dengan minyak .
7. Bakar dengan menggunakan kaedah water bath selama 1 jam pada suhu 180°C , bergantung pada oven masing masing .
8. Kemudian keluarkan loyang water bath dan sambung bakar selama 10 minit untuk mengeringkan bahagian bawah dan tepi kek . Biarkan seketika kek di dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit sebelum dikeluarkan .
9. Sejukkan sebelum dipotong .
10. Siap

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More