Jom Cuba Resepi Kerabu Mangga Viral 2023 Dijamin Paling Special
Resepi Kerabu Mangga kali ini dijamin sangat sedap dan boleh cuba buat sendiri di rumah!
Kerabu Mangga merupakan sajian yang popular dan tersohor di Thailand dan Malaysia. Resepi Kerabu Mangga ini amat lazat dan mudah dihidangkan oleh semua yang berkeinginan untuk makan kerabu mangga.
Kerabu Mangga atau juga dikenali sebagai Som Tum Mamuang dalam masakan Thailand, adalah sejenis hidangan asli Asia Tenggara yang sememangnya mendapat tempat di hati ramai.
Walaupun hidangan ini asalnya dari Thailand, Kerabu Mangga adalah hidangan yang mempunyai variasi yang menarik dari seluruh dunia.
Setiap kawasan mempunyai resepinya sendiri yang unik dengan ciri-ciri istimewa. Variasi kerabu mangga dari Selangor, Kelantan, dan Melaka mempunyai keunikannya tersendiri dan menampilkan resepi warisan.
Hidangan ini juga popular di seluruh rantau Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Filipina, dan Singapura. Keunikannya dan ciri-cirinya membuatkan hidangan ini sentiasa menarik untuk dicuba dan dirasai.
Isi Kandungan
Resepi Kerabu Mangga Versi Che Nom
Hari ini admin nak kongsikan satu resepi best daripada seorang ‘Mak online‘ yang suka mengajar masak di YouTube. Anda tahu tak resepi daripada siapa? Rakyat Malaysia takkan tak kenal siapa tukang masak terkenal yang admin maksud kan ni?
Resepi Kerabu Mangga ini adalah versi dan perkongsian daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.
Bahan-Bahan Untuk Resepi Kerabu Mangga
Pertama sekali, bahan-bahan yang perlu disediakan untuk membuat Resepi Kerabu Mangga versi Che Nom ini adalah terbahagi kepada 2 iaitu
- Bahan-bahan utama iaitu
- 2 biji mangga epal yang diparut memanjang.
- 1 kuntum bunga kantan yang dihiris halus.
- 1 biji bawang besar.
- Bahan-bahan lain pula seperti
- 10 biji cili padi, dihiris. Jika mahu pedas, boleh tambah bilangan cili padi itu.
- Udang kering, digoreng tanpa minyak sampai naik bau dan ditumbuk separa hancur.
- Kacang tanah, juga digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit serta tumbuk separa hancur.
- 3 sudu besar jus limau nipis.
- 2 sudu besar sos ikan.
- Gula dan garam secukup rasa.
Cara Penyediaan Kerabu Mangga
Cara-cara untuk membuat Kerabu Mangga versi Che Nom ini adalah:
- Campurkan kesemua bahan-bahan utama dan gaul sehingga mesra.
- Masukkan pula kacang tanah dan udang kering.
- Masukkan cili padi, sos ikan, gula dan garam ke dalam jus limau nipis. Kacau sebati.
- Tuang bancuhan jus limau nipis ke dalam bahan campuran mangga tadi.
- Gaulkan sehingga mesra dan rasa keseimbangan manis, masam dan masin kerabu tersebut.
- Sedia untuk dihidangkan.
Kredit Sumber: Che Nom
Resepi Kerabu Mangga ini sangat sesuai untuk dicuba sendiri di rumah kerana ianya mudah sahaja untuk disediakan.
Diharapkan semoga perkongsian tentang Resepi Kerabu Mangga ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi untuk mencuba hidangan yang menarik dan berlainan untuk keluarga tercinta atau untuk jualan kecil-kecilan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda.
Selamat Mencuba!