Resepi Keropok Lekor Home Made Mudah
Hai semua penggemar Keropok Lekor. Tahu tak hari ini masuk hari ke 17 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sama-samalah kita patuhi arahan kerajaan supaya kekalduduk di rumah agak wabak Covid-19 ini berhenti dari merebak.
Sementara duduk di rumah tu, sambil-sambil pegang handphone korang google la resepi. Ala…ada banyak resepi kalau korang rajin mencari. Kalau tak dapat cuba hari ini pun disebabkan tiada bahan, salin dan simpan saja resepi tu nanti tamat PKP bolehlah dicuba.
Isi Kandungan
Cara Buat Keropok Lekor Homemade
Anda pernah cuba buat sendiri keropok lekor di rumah? Jika tidak pernah, anda harus cuba resipi perkongsian saudari Nurul Suraya Mohd Khazali ni. Sedap sangat! Malah hasilnya juga sangat lembut, segar dan yang paling penting, terjamin kebersihannya. Bila buat sendiri, anda boleh kawal penggunaan bahan pengawet dan juga MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa ragu. Bahan yang digunakan pun sangatlah mudah dan ringkas. Jadi, selamat mencuba!
Salah satu rahsia nak jadikan keropok lekor sedap adalah campuran ikan yang banyak. Tapi kalau beli di kedai, jumlah ikan tu dah ditentukan oleh tuan kedai. Resipi keropok lekor homemade ini mudah saja sebenarnya, paling penting isi ikannya banyak.
RESIPI KEROPOK LEKOR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2kg ikan sardin segar/selayang/kembung biasa – dibersihkan (ambil isi sahaja)dikisar halus
- 2 cawan tepung ubi/sagu
- 1 sudu garam halus
- 1 sudu kfc soda bikabonat (tak letak pun tak apa)
- 1 sudu kecil ajinamoto / Maggi cukup rasa
Cara-cara penyediaan:
1. Tumbuk isi ikan sampai halus guna lesung. Kalau nak kisar pakai pengisar boleh juga tapi lebih sedap pakai lesung. Nota: Jika guna pengisar, tambah sesudu air untuk mudahkan proses mengisar.
2. Gaul semua bahan kering; tepung dengan serbuk perasa & garam.
3. Masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh.
4. Ambil sedikit doh, kepalkan kecil-kecil.
5. Taburkan tepung atas papan atau dulang, supaya semasa menggentel doh tak melekat.Nota: Doh memang akan lembut sikit tapi inilah yang akan menghasilkan keropok yang lembut dan sedap. Barulah ada rasa manis-manis ikan.
6. Kemudian gentel doh kecil tadi panjang-panjang. Nota: Ikut cita rasa bentuknya sama ada nak panjang atau bulat.
7. Didihkan air dalam periuk.
8. Rebuskan doh yang sudah dibentuk tadi sehingga masak. Nota: Doh yang dah masak akan timbul ke permukaan.
9. Angkat dan toskan airnya.
Nota Tambahan
Bagi yang tak suka direbus. Anda boleh terus menggoreng sebaik siap menggentel. Pastikan keropok tenggelam dalam minyak.
Sentiasa balik-balikkan keropok, api pula jangan kuat takut hangit.
Bila keropok dah kembang bolehlah angkat dan hidang dengan sos pencecah.
Cara Nak Simpan Dalam Peti Sejuk
Keropok lekor yang dah direbus dan separuh goreng, boleh disimpan beku. Bila nak makan boleh dipanaskan bila-bila masa yang anda mahu.