Jom Cuba Resepi Kuih Ketayap Lembut Sangat
Resepi Kuih Ketayap Lembut Sangat sesuai dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga tercinta sambil melayan perasaan di taman rumah. Bukan itu sahaja, bagi admin resepi ini juga sangat sesuai untuk dihidangkan bersama-sama untuk juadah berbuka puasa kerana ianya sangat mudah untuk dimasak di rumah dan tidak mengeluarkan kos yang banyak untuk menghidangkannya.
Kali ni admin nak kongsikan satu resepi menarik daripada seorang tukang masak terkenal Malaysia yang mendapat ratusan ‘share’ dari orang ramai. Tengok resepi kuih ketayap lembut sangat ini pun dah kecur air liur tau.
Isi Kandungan
Resepi Kuih Ketayap Lembut Sangat
Hari ini admin nak kongsikan satu resepi best daripada seorang ‘Mak online‘ yang suka mengajar masak di YouTube. Anda tahu tak resepi daripada siapa? Rakyat Malaysia takkan tak kenal siapa tukang masak terkenal yang admin maksud kan ni?
Resepi Kuih Ketayap Lembut Sangat harini adalah daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.
Bahan-Bahan Untuk Resepi Kuih Ketayap Lembut Sangat
Bahan-bahan untuk inti adalah:
- 1/2 biji kelapa parut
- 1/4 cawan gula melaka
- 1/4 cawan gula pasir
- 2-3 helai daun pandan
- 1/2 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk kulit adalah:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
- 1 biji telur
- 4-5 helai daun pandan
- 1 sudu kecil garam
- 2-3 titik pewarna hijau (optional)
Cara Penyediaan Kuih Ketayap Lembut Sangat
Cara penyedian kuih ketayap lembut sangat ini terbahagi kepada 2 iaitu cara untuk membuat inti dan kulit kuih ketayap itu sendiri. Cara-caranya adalah seperti yang berikut:
- Cara-cara untuk inti:
- Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
- Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.
- Cara-cara untuk kulit:
- Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
- Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau.
- Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
- Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak.
- Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
- Angkat dan gulung bersama inti yang sudah disejukkan.
Credit Sumber: Che Nom
Jika anda ingin kulit kuih ketayap anda selembut dan selicin seperti video di atas. Anda perlu cuba resepi daripada Che Nom ni tau! Admin dah try, jadi anda bila lagi!
Diharapkan semoga perkongsian tentang Resepi Kuih Ketayap Lembut Sangat ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi terbaik untuk dihidangkan kepada keluarga. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!